Sengal Tapi Sempoi. *sebuah review Hansel & Gretel : Witch Hunters

Nampaknya sekarang makin menjadi-jadi penerbit-penerbit Hollywood secara rakus meng’remake’ dengan sesuka hatinya kisah-kisah fairytale negara barat. Dengar cerita selepas ni nak keluar movie Cinderella dan Pinochio versi gelap pula selepas kemunculan beberapa movie fairytale gelap seperti Snow White dan Red Riding Hood. Sebelum menunggu fairytale-fairytale lain digelapkan, baik kita layan movie Hansel & Gretel ini dulu.
Siapa yang tak tahu kisah fairytale Hansel & Gretel. Selain menjadi cerita rakyat masyarakat dari negara barat, cerita ini juga pernah dikartunkan oleh pihak Disney. Tapi cerita fairytale ini tidak lah mendapat perhatian komersial seperti Snow White atau Cinderella. Ianya hanyalah sekadar dijadikan cerita kepada anak-anak, tentang bahaya makan gula-gula, bahaya berjalan sorang-sorang kat hutan, nanti kena makan dengan nenek kebayan atau witch.
Namun begitu, sisi kreativiti tenaga Hollywood tiada sempadan. Fairytale yang sebegini ringkas pun mahu juga dikomersialkan dengan gaya yang penuh dengan tahap yang tidak logika. Ini lah salah satu kelebihan tenaga Hollywood, berbekalkan idea yang merepek, adegan yang sangat ganas, serta pelakon yang boleh lah dikatakan meletup juga, akhirnya jadilah sebuah kisah fairytale yang sungguh jauh untuk kita ceritakan kepada anak-anak zaman sekarang. Mungkin lepas ni bukan anak-anak je yang takut dengan kisah fairytale, malah mak bapak jugak. Ye lah, dengan aksi yang melampau ganas, ayat-ayat mencarut serta adegan-adegan 18sx sangat tidak sesuai untuk mengklasifikasikannya sebagai movie fairytale.
Salah satu kelebihan movie ini adalah dari segi penampilan witch-witchnya yang dahsyat. Ianya tidak lah sangat dahsyat, tapi boleh lah dikatakan pembikin movie ini telah cuba sebaik mungkin untuk menjadikan witch dalam movie ini adalah serupa dengan seekor makhluk monster dan bukannya normal seperti manusia biasa. Semua witch dalam movie ini bermukakan monster kecuali Ratu Witch bernama Muriel (Famke Jansen) yang mempunyai kebolehan untuk berubah dari muka cantik ke muka yang sangatlah hodoh.
Movie yang berlatarkan kurun ke-14, agaknya lah, secara tanpa segan silunya memaparkan aksi tembak menembak dengan senapang yang sangat canggih dan tidak tahu dari mana asal-usul senjata-senjata itu. Pembikin movie ini secara nyata ingin menunjukkan bagaimana gambaranya jika digabungkan zaman pubakala dengan senjata moden yang canggih. Maka jadilah Hansel & Gretel : Witch Hunters.
Rasanya semua dah tahu, selepas Hansel dan Gretel terlepas dari genggaman witch di rumah gula-gula, mereka akhirnya sedar akan kuasa mereka untuk membunuh witch-witch yang lain. Gretel mempunyai sejenis kuasa dimana kuasa-kuasa witch yang lain tidak akan berkesan atas dirinya. Dan dalam movie ini juga ditunjukkan asal-usul Hansel dan Gretel serta sejarah hidup mereka yang mereka sendiri tidak tahu.
Bagi aku movie ini tidak lah seteruk mana. Banyak movie yang cuba mewujudkan elemen-elemen sengal, atau bangang, atau nonsense. Seperti lihat saja movie Mirror, Mirror, tak ke sengal elemen yang cuba diwujudkan dalam movie ini. Tetapi ia mampu juga menarik perhatian penonton dan peminat fairytale. Sama lah dengan movie Hansel & Gretel ini, bagi aku ianya agak berjaya dalam memaparkan adegan sengal dan juga twist yang cuba disampaikan menjadi. Jadi sekiranya kita rasa macam dah bosan menonton movie cerita rakyat yang serius seperti movie Robin Hood lakonan Russel Crowe, tak salah rasanya kalau kita bersantai menonton movie sengal seperti Hansel & Gretel ini.
SKOR MUZIK

EFEK KHAS
LAKONAN
PLOT
RATING

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply