Jerung Dalam PBAKL 2024 ?

jerung dalam pbakl 2024

Jerung dalam pbakl 2024 ? Tempahan booth untuk PBAKL baru nak dibuka, tapi atas pelan, booth dah nak sold out! Biar betul? Jerung mana yang makan industri ni! Lebihan dia, baru buka pada yang lain? Haih! Lambat lagi acaranya, tapi biasalah dilema penerbit kecil macam kami, kena standby terus duit bagi orang pegang berbulan-bulan, sebelum boleh buat jualan.

Bukan bayar deposit ya, kena bayar penuh 5 angka walaupun ambil 3 booth kecil saja! Saya dah terpaksa reda saja bab itu. Faham. Jadi, ikhtiarlah ikut ceruk mana pun duitnya asal ada tempat untuk nanti bertemu pembaca dan memperkenalkan buku-buku dakwah kami.

Jerung Dalam PBAKL 2024 ?

Tapi dari dulu yang buat saya sedih bila sistem pemilihan lokasi booth PBAKL ni memang ‘berkasta’. Ibarat yang kaya makin kaya, yang miskin lantak kau lah! Sebab apa? Sebab kalau beli 10 booth terus, baru boleh pilih lokasi. Dan pemilihan pun tak dibuat secara undian yang telus dengan peluang sama rata.

Maknanya, siapa ada duit banyak, borong booth banyak-banyak, bolehlah pilih tempat paling strategik dan laluan utama. Kita yang bilis ni duduklah terceruk kat mana-mana dengan bayaran booth sama mahal tapi belum tentu balik modal!

Tahun lepas, saya guna strategi berkerjasama dengan team Tarbiah Sentap Ustaz Adnin Roslan dan team Pustaka Permata Ummah Ustaz Afiq Awang . Gabung-gabung duit, bolehlah buat bayar booth banyak tu dan dapat lokasi elok sikit.

Tahun ni, worse!

Sebenarnya, terkejut juga tadi bila team bagitau ada kontroversi tiba-tiba sebab ramai penerbit kecil mengeluh jerung-jerung besar dah borong booth yang ada. Terpinga-pinga … eh, bila masa keluar iklan? Bila masa buka tawarannya?

Kalut saya call Ustaz Afiq tadi. Syukur, beliau kata memang dah standby nak tolong book untuk kami. Jadi kalut seterusnya ialah nak pilih booth mana. Kita penerbit, dah banyak keluar modal puluh ribu, ratus ribu, memang wajib buat sales.

Jadi, memang kena cekap pilih lokasi booth. Kena ambil tahu kat mana pintu utama, kat mana tandas, siapa jiran sebelah dll. Isunya kali ni, tak dapat nak pilih apa dah sebab mostly booth dah warna kelabu dalam pelan. Semua lokasi strategik dah sold out! Apo!

Persoalannya, kalau tawaran booth baru buka hari ni, kenapa cetak dah siap-siap banyak yang kelabu? Penerbit mana, orang mana yang dah pilih dulu?

Ya Allah. Kami ni tercungap nafas, berebut-rebut pilih pun hanya untuk pilih booth paling belakang, tepi tandas …Subhanallah. Maknanya, ada duit saja pun masih tidak cukup ya. Perlu ada ‘orang dalam’ juga! Susahlah kalau kronisme menyerang industri buku!

Kami ni penerbit kecil yang berjuang untuk sebarkan dakwah, rasa terhimpit betul! Bab modal satu hal, bab peluang pun satu hal juga. Bersungguh kami jaga content dan kualiti buku pun tak guna kalau akhirnya yang asyik dapat laluan mudah pun buku-buku yang ‘asal siap’, lagha dan lucah.

Saya dah boikot SIBF, memang sengaja tak ambil booth tahun ni sebab malas nak terlibat dengan penganjur kapitalis dan cakap tak serupa bikin. PBAKL ni pulak … tak tahulah macam mana pulak ceritanya. Kalau ikutkan, malas juga nak terlibat dah. Renyah!

Tapi itulah … memang tersepit betul antara macam-macam kerenah dengan tuntutan fardu kifayah.

Cabaran nak sebarkan dakwah. Doakan kami terus kuat dan Allah permudahkan ya. Saja cerita, biar orang faham sedikit sebanyak situasi ni macam mana. Kalau tak cerita, orang ingat kerja kami ni asyik makan dan selfie-selfie. Dia tak tahu kita ni bekerja macam mati, kena tindas sana sini.

Lahaulawalaquwataillabillah. Allah sajalah yang menguatkan semangat kami! Jadi, ANJUNG BONDA NOR ada tak di PBAKL 2024 nanti? Ada, insya-Allah! Terima kasih team PPU yang berusaha untuk tempahkan juga booth saat saya tak dapat buat apa-apa sebab berada di Terengganu.

Tawaran dibuka terlalu tiba-tiba hingga tak sempat merancang apa-apa! Saya doakan berlaku penambahbaikan dan ketelusan penganjuran pada masa akan datang. Yang pegang amanah, beramanahlah! Allah nampak dan nilai semuanya.

ANJUNG BONDA NOR. Dewan Tun Razak 3. Booth 3012, 3013, 3014. Ya, booth kami belakangggg sekali! Harap awak tak sesat cari kami. Kata team, takpelah tersorok, senang nak makan nanti. Cemtu, pujuk hati sendiri.

PBAKL 2024

Semalam sedikit gempar apabila tiba-tiba beberapa keluhan muncul di media sosial tentang PBAKL akan datang. Sejak semalam juga, saya mendapat beberapa pesanan melalui WhatsApp bertanyakan situasi sebenar dan meminta kepastian.

Saya fikir sekali lagi saya perlu beritahu di sini, bahawa saya bukan lagi Jawatankuasa Pelaksana PBAKL. “Kabel besar, takkan tak tahu apa-apa?” Berkali-kali saya dapat tuduhan ‘kabel’ ini. Sehingga ada orang kata hotel kami menginap ketika membanting tulang di pesta buku itu ditaja, reruai kami dapat percuma, dan apa saja yang saya minta, penganjur akan beri.

Saya tegaskan di sini, tiada yang percuma dan tiada tajaan sepanjang saya di PBAKL. Tiada yang saya minta terus dapat, melainkan membuat aduan berperingkat jika ada masalah, dan menguruskan permasalahan dengan cara yang saya fikirkan untuk saya, paling profesional.

Tiada reruai percuma. Bertahun-tahun kami bayar sewa tapak, berkongsi dengan rakan penerbit lain. Bertahun-tahun cabut undi, dan adakalanya pasrah dengan lokasi. Reruai kami tahun hadapan, wujudnya pun belum pasti. Dan tiada kabel untuk menyambungkan saya kepada semua informasi tentang PBAKL.

Tular isu booking booth PBAKL 2024 yang tak best.

Hati saya bercampur-baur baca posting mereka. Ada kesian dan ada seram. Kesian sebab simpati dengan nasib penerbit yang struggle nak naikkan jualan. Seram sebab manuskrip saya masih belum siap. Saya masih membaca, merangka dan menulis sikit-sikit.

Publisher letak gambar lokasi booth ni kat posting mereka tapi saya tak nampak booth. Saya nampak bab dalam buku. Ada 10 bab dalam buku saya. Saya baru siap bab 2. Berbaki 8 bab lagi. Matilanak! Jerung Dalam PBAKL 2024 ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply