The Ten Pick : 10 Sebab Kenapa Perlu Tonton KL Gangster 2

OtakMovie ni asyik pos entri pasal movie-movie Hollywood je. Tapi sekarang nak try jugak pos entri pasal movie melayu kesayangan Malaysia. Lebih-lebih lagi lepas Abang Soul kita baru je upload trailer KL Gangster 2 baru-baru ni. Movie ni memang antara movie melayu yang OtakMovie tunggu-tunggu. Bukan OtakMovie je rasanya, satu Malaysia pun suka movie ni. Tengok je lah movie pertamanya, dapat kumpul sampai RM11 juta! Masa tu movie X-Men First Class pun kalah. Sekarang movie sekuelnya nak keluar Oktober ini. Apa lagi, cepatlah countdown. Sambil countdown tu, jom check list sebab kenapa kita perlu tonton KL Gangster dua arahan Shamsul Yusoff (Abang Soul)!

#10. Trailer yang gempak
Sebenarnya trailer movie ni sangat penting. Yelah, sebabkan trailer lah orang nak pergi tengok kat wayang, tapi disebabkan trailer ni selalu dibuat sekadar tangkap muat oleh produser-produser movie melayu, menjadikan trailer-trailer movie melayu agak kurang best. Cuba tengok trailer KL Gangster dua ni, tak ke kita rasa macam nak tengok kehebatan movie ni kat panggung wayang.
#9. Pelakon lelaki yang hebat
Movie KL Gangster ni memang terkenal dengan pelakon-pelakon lelaki idaman malaya yang kekar-kekar dan hebat-hebat belaka. Termasuklah Zizan…
Aaron Aziz sebagai Malek
Shamsul Yusoff sebagai Shark
Adi Putra sebagai Jai
Soffi Jikan sebagai Ajib
Zizan Razak sebagai Fadil
Rosyam Nor sebagai Tailong
#8. Slang bahasa cina yang nonsense tapi memorable
Bagi OtakMovie sebenarnya ni adalah cubaan berani mati dari Shamsul yang mengetengahkan dialeg orang cina ke dalah movie gangster melayu. Tapi kalau tengok betul-betul, watak Shark je yang direct cakap slang macam ni, Malek, Ajib dan yang lain-lain tu macam follow with the flow je. Tapi disebabkan movie ni jugaklah rasanya sekarang ramai orang dah start ikut slang macam ni. Kalau nak cakap apa-apa mesti ada ‘Maa’ kat hujung. “Boleh maa”, “Kasi kira cincai maa” , “Benda boleh setel maa”…asalkan slang ni boleh menghubungkan silaturrahim sudah.
#7. Quote mengancam dari semua karakter
Kalau kita tonton balik KL Gangster, tak dinafikan antara pemangkin cerita ni adalah dialog-dialog yang keluar dari mulut setiap watak. Siapa yang tak tahu dialog dari Jai, Fadil dan Shark. Lebih-lebih lagi Jai dan Shark. Jai dengan dialog budak nakal poyonya, dan Shark dengan dialog slang cina meluatnya tu. Semuanya meninggalkan kesan hingga kita semua pun terikut-ikut. “Meme arr…”
#6. Syamsul sanggup keluar modal lebih dan ambik masa untuk hasilkan movie ini
Lama betul Abang Soul nak hasilkan movie ni sampaikan semua tertanya-tanya betul ke ada prequel KL Gangster ni? KL Gangster sendiri keluar tahun 2011, biasanya movie melayu makan masa setahun je nak dihasilkan. Nampak sangat Abang Soul tak suka melepaskan batuk di tangga. Dengan penghasilan kesan khas dan sinematografi yang lama ini, di harapkan KL Gangster dua akan mencapai piawaian peminat tegar.
#5. Babak aksi yang mantap
OtakMovie tak tahu siapa yang kareograf babak aksi untuk movie ini. Kalau movie-movie dari MIG, balik-balik diorang kata babak aksi dikareograf oleh profesional dari Hong Kong, tapi tengok aksi dari KL Gangster ni lagi nampak ke-Hong Kong-an nya. Berbalik kepada trailer yang kita tengok di atas, memang ada beberapa babak aksi yang meremangkan bulu roma kita seperti babak Shark nyaris nak kena hempap dengan kontena dan babak Tailong tembak dua kereta sampai berguling-guling. Pergh…memang nampak Hollywood habis. Kena tengok!
#4. Cerita prequel
Kita tak payah nak fikir panjang-panjang apa kesudahan kehidupan Malek selepas KL Gangster, Abang Soul sekarang nak bagi tau macam mana Malek boleh sampai ke dalam penjara. Baru lah banyak babak aksi dan babak gangster. Nak ditunjukkan apa yang hebat sangat dengan Malek ni sampai semua pun gerun kat dia. Dan apa yang langsi sangat dengan Shark sampai dia boleh perangkap Malek masuk penjara. Kena tonton lah, ape lagi.
#3. Mullet Syamsul Yusoff
Rupanya rambut Shark sebelum cerita KL Gangster ni mullet. Lejen!

#2. Zizan Razak aka Fadil

Mengaku dirinya ala Tony Jaa. Mesti ramai sedih bila Fadil mati dalam KL Gangster, tapi kesedihan tu terubat lepas kita dapat tengok prequelnya. Cepat cakap terima kasih dekat Abang Soul sebab masukkan balik Zizan Razak sebagai Fadil!


#1. Dialog Sofi Jikan
Ajib oh Ajib. Kau memang pandai sengat!

3 Comments

  1. BRo, aku takut, KL Gangster 2 akan jadi macam Iron Man 2, walaupun banyak scene aksi yang hebat dan mendebarkan, tapi akhirnya bagi aku falsafah cerita tu akan mati, masa aku tengok KL Gangster 1, sekurang kurangnya, ada benda yang Syamsul Yusof nak bagitau, takdalah isinya kosong. Hopefully, kita akan dapat belajar something dari KL Gangster 2 ni, aku tak berapa suka filem aksi, tapi jiwa filem tu kosong. hahaha

  2. Itu lah benda yang paling ditakuti…at least filem first ada falsafahnya yang tersendiri…takut jugak filem ke dua ni nak tunjuk Malek waktu dalam bidang gangster, tapi takde moraliti dan nilai nak ditonjolkan…hanya penuh dengan aksi…harap masa 2 tahun penghasilan Syamsul Yusof tak hanya menitikberatkan kesan khas dan aksi, tapi juga jalan cerita…

  3. kdg2 mmg falsafah etc penting, tp kalau aksi semata ok je (kalau hebat la!) ala mcm The Raid tu. hehe

Leave a Reply