Psikologi Lakonan Pendekar Awang

psikologi lakonan pendekar awang

Psikologi Lakonan Pendekar Awang ? Fattah Amin Menghidupkan Watak Pendekar Awang. Sejak menonton lakonan Fattah Amin yang memegang watak Awang di dalam filem Mat Kilau, saya sangat tertarik dengan watak beliau. Meskipun sebagai pelakon pembantu saja, saya lebih berminat dengan karektor Awang ini.

Saya tidak mengikuti lakonan Fattah Amin dalam filem atau drama-drama lain, tetapi untuk filem Mat Kilau, watak Awang yang dilakonkannya memang istimewa dan tersendiri. Watak tersebut diterjemahkan dengan baik di dalam filem Mat Kilau. Di dalam filem kedua terbitan Studio Kembara ini, watak Awang lebih mantap, menyerlah dan sangat cemerlang.

Ketika menonton babak Awang ber’lawan’ kali pertama dengan Mat Kilau di jeti, dan kemudian ketika beliau ‘meleraikan’ konfrontasi antara kumpulan Mat Kilau dengan Kapten Syers dan beberapa babak lagisaya perhatikan Awang seakan-akan ‘memberontak’ terhadap cara ‘tradisional’ menentang penjajah British. Ini menyebabkan saya teruja dengan watak Pendekar Awang.

Sikap kritikal dan ‘keras kepala’ Awang ini bukannya tidak berasas.

Pendiriannya yang tegas dan kritikal mengenai kaedah penentangan terhadap penjajah British menjadi sebahagian strategi yang diguna pakai oleh Mat Kilau. Bagaimanapun, kesannya mengakibatkan ramai pejuang telah terkorban – Usop, Yasin, Haji Sulong, Wahid (dan isterinya).

Rasa bersalah pada diri Awang akibat ‘kesilapan’ yang dilakukan pada masa lampau di dalam filem Mat Kilau terbawa-bawa hingga ke filem Pendekar Awang. Konflik jiwa dan rasa bersalah (yang memberi kesan mendalam terhadapnya) malah telah mencetuskan ‘pergaduhan’ dengan Ibrahim pula. Dan di sinilah lakonan Fattah Amin begitu menyerlah dan berkesan sekali dari awal filem hingga detik permulaan ‘Final Battle Scene’ yang mendebarkan.

Saya ingin berkongsi satu pandangan dan analisis dari Prof Madya Dr Shazli Ezzat Hj Ghazali, Pakar Psikologi, Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai sudut psikologi pada watak Pendekar Awang.

Pensyarah yang juga Pakar Psikologi ini telah ‘membedah’ karektor Awang dari sudut kejiwaan dengan mantap sekali, dengan rumusan bahawa Studio Kembara tidak silap memilih Fattah Amin untuk ‘menjiwai’ watak Pendekar Awang. Analisis beliau agak panjang, akan tetapi ia telah memberi satu ‘endorsement’ bahawa watak ini memang sesuai dibawa oleh Fattah Amin.

Berbeza dari sebahagian pengulas dan pengkritik lain, pada saya Fattah Amin telah berjaya menghidupkan watak Pendekar Awang. Apa yang kononnya disifatkan sebagai ‘kaku’ pada mereka adalah sangat mantap dan cemerlang pada pandangan saya. Tahniah Studio Kembara dan Fattah Amin! Psikologi Lakonan Pendekar Awang.

Alhamdulillah pada 2 Januari 2024 saya dijemput untuk menyaksikan satu filem prekual Mat Kilau

Kebangkitan Pahlawan yang dikenali sebagai Pendekar Awang Darah Indera Gajah. Bila menerima jemputan itu, sudah tentu perasaan membuak-buak dan dalam pemikiran saya ia akan lebih hebat daripada Filem Mat Kilau.

Namun, sebenarnya ia bukanlah membawa plot perjuangan dan kebangkitan pahlawan yang sama dengan Mat Klilau. Sebagai seorang ahli psikologi saya cuba menyelami filem ini dari perspektif psikologi. Alhamdulillah Filem ini sampai ke jiwa saya untuk saya pergi menonton buat kali kedua dan mula faham apa sebenarnya masej yang cuba disampaikan.

Bagi saya filem ini adalah padat dari segi pengluahan emosi, aksi bertempur yang mantap serta plot penceritaan yang menarik didokong dengan sulaman lagu, lokasi pengambaran yang menarik serta sentuhan props dan senigrafi yang berkualiti tinggi.

Ini ditambahkan pula penglibatan pelakon-pelakon yang hebat seperti Fattah Amin, Fazura, Wan Hanafi Su, Nam Ron, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Amerul Affendi dan Hasnol Rahmat. Bacalah sedikit hasil nukilan saya yang dikupas dari perspektif ilmu psikologi.

Filem Pedekar Awang Darah Indera Gajah dari perpektif Psikologi

Pada 11 Januari 2024, Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah telah ditayangkan kepada umum di pawangan seluruh negara. Namanya tidaklah sebesar dengan nama Mat Kilau, namun sumbangannya besar kepada kebangkitan perjuangan Melayu.

Apabila melihatkan karekter Pendekar Awang yang dilakonkan oleh Fattah Amin, sebenarnya ia memberi gambaran sebagai seorang Pendekar yang berada dalam keadaan trauma dari segi emosi dan pemikiran. Prequal dalam filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, Pendekar Awang ditampilkan sebagai watak yang dominan, suka kepada perhatian, kental emosi, keras kepala, cepat marah, tidak suka ditegur, suka bersaing, terburu-buru buat keputusan sehinggakan tindakannya memberi kesan yang tragis kepada sahabat seperjuangnya.

Namun pengkisahan yang dibawa dalam filem Pendekar Awang pula menyaksikan perubahan dari segi personaliti dari ekstravert kepada introvert di mana hasil tindakan yang dilakukan oleh beliau hingga menyebabkan sahabat-sahabat sepejuangnya seperti Yasin dan Usop gugur syahid ketika berjuang mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

Perasaan sedih, berdukacita, rasa bersalah, keletihan emosi, pegelakan, marah, geram pada diri, rasa tertekan, putus asa, berhati-hati, sedikit murung merupakan episod yang cuba dibawa dalam watak ini.

Garapan emosi yang bercampur baur dan berat ini berjaya ditonjolkan oleh Fattah Amin

dengan baik sekali dengan penjiwaan watak yang kuat, menyusuk masuk dalam aura jiwa karekter yang mendalam dengan mencampur baur emosi yang pelbagai berkenaan kesedihan yang dilaluinya.

Kesan emosi dan pemikiran yang campur baur ini diluahkan dengan baik melalui tingkah lakunya, yang tampak tiada kekok dari segi pengluahan suara, gestur, postur yang memang menyaksikan beliau mengalami trauma yang meliputi perasaan berdukacita serta distres psikologi.

Trauma yang dilaluinya disebabkan tekanan emosional dan pemikiran disebabkan peristiwa tragis yang tidak menyenangkan. Dari kacamata seorang pakar psikologi, lakonan Fattah Amin patut dipuji kerana sangat berkesan dengan pengluahan emosi yang berat dan tingkah laku yang bersesuaian dengan karekter Pendekar Awang.

Seseorang yang berada dalam keadaan dukacita, kesedihan yang ekstim, rasa bersalah. Pengelakan serta penukaran personaliti dari ekstovert ke introvert disebabkan peristiwa tragis yang dilalui oleh beliau, sudah tentu menyebabkan beliau terkesan.

Kita nampak dengan jelas yang beliau tampak tidak berminat untuk beraksi

mengelak daripada memikirkan tentang perjuangan. Terlalu berhati-hati dalam merencana strategi dalam tindakannya mempersiapkan diri secara terpaksa dengan meminta adik iparnya mencipta inovasi perang. Dengan kata lain beliau cuba melengah-lengahkan serta mengelak untuk terlibat dalam apa-apa bentuk perjuangan dan pertempuran.

Kesemua trait psikologi yang berat dibawakan oleh Pendekar Awang menyaksikan pemulaan penceritaan ini agak pelahan. Dalam kehidupan sebenar sekalipun apabila kita berada dalam keadaan tekanan psikologi. Simptom-simptom psikologi yang wujud akan menyebabkan kita terganggu untuk menjalani kehidupan kita seperti sediakala.

Emosi dan pemikiran kita akan bercelaru dan akan mengambil masa untuk melalui proses penyesuaian dan pemulihan. Paparan reaksi berdukacita ini sangat berat dan dipertontonkan kepada kita melalui karekter Pendekar Awang sangat berkesan. Tahniah Fattah Amin. Saya merasakan adalah sangat bertepatan, Fatah Amin mengalas karakter sebagai Pendekar Awang.

Amat sukar untuk bangkit, itulah kenyataanya.

Pelbagai rangsangan ekstrem dan sangat signifikan ditonjolkan oleh pengarahnya untuk membangkitkan jalan cerita yang berimpak. Aksi-aksi pembunuhan ibu mertua Pendekar Awang, penculikan bapa mertuanya. Pergaduhan dengan adiknya Brahim sehinggalah babak bapa mertuanya meminta untuk meningalkannya demi perjuangan telah meledakkan semangatnya untuk bangkit.

Karekter-karekter ini amat dekat dan singnifiken kepadanya, kehilangan mereka dengan tragis menyebabkan beliau. Terpaksa bangkit untuk melindungi bapanya Tok Gajah memohon bantuan di Terengganu. Dengan kata lain, dari segi psikologinya untuk kita bangkit akan ada rangsangan-rangsangan emosi. Pemikiran yang berat dan semua ini akan menekankan emosi yang negatif. Untuk kita mengenal diri kita dan seterusnya bangkit dengan semangat juang yang tinggi.

Skrip-skrip yang kuat seperti “Jangan mengadu pada Tuhan kita mempunyai masalah. Tetapi berilah tahu pada masalah yang kita ada Tuhan” memang menusuk jiwa, pemikiran dan sanubari. Apabila kita berada dalam keadaan kelemasan dan kesesatan pedoman hidup.

Secara keseluruhannya, perwatakan Pendekar Awang yang dibawakan oleh Fatah memang hidup.

Paparan tingkah lakunya memang bertepatan dengan seseorang yang menghadapi kecelaruan emosi dan pemikiran. Dari kaca mata saya, bila menonton berkali-kali filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan. Memanglah perwatakannya kuat kerana ia berpaksi kepada semangat kebangkitan dan perjuangan yang tinggi.

Bagi Pendekar Awang pula, beliau berada dalam keadaan “kesakitan” jiwa dan pemikiran. Ini dibangkitkan semangat dengan pelbagai rangsangan-rangsangan yang tragis. Menjadikan beliau sebagai seorang yang bertambah matang, perkasa, kuat dari segi pegangan prinsip hidup sebagai Pendekar.

Marilah rama-ramai kita saksikan aksi sangat menarik sebuah filem terbitan Studio Kembara. Yang akan mengangkat martabat Filem Melayu yang berasaskan semangat perjuangan tinggi mempertahankan tanah air dari penjajahan British.

Realitinya, untuk kita menjadi seorang yang hebat kehidupan ini perlu diuji. Lagi hebat seseorang individu itu, ujian yang dilaluinya juga amat hebat. Hidup dengan berdukacita tidak akan memberi manfaat kepada kita. Kebangkitan akan menjelma apabila kita faham yang masalah yang besar kita alami ini datangnya dari Tuhan dan kita ada Tuhan.

Inilah sudut kecil yang saya cuba bawakan dari perspektif psikologi. Berkenaan karekter Pendekar Awang yang dibawakan dengan cemerlang oleh Fattah Amin. Tahniah Kembara Studio yang pasti saya memberikan rate 5/5 untuk Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah. Psikologi Lakonan Pendekar Awang.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply