Sheriff Narko Integriti

sheriff narko integriti

Sheriff Narko Integriti ? Dah tengok filem ni semalam, baru harini rajin nak buat review. Sebuah filem kepolisan thriller arahan Syafiq Yusof. Jujur cakap, ini adalah filem terbaik beliau. Visual cantik, pencahayaan pun cantik. Bajet 6 juta, sama dengan Polis Evo 3 tapi hasilnya jauh lebih baik.

Langsung takde babak meleweh yang merencatkan pacing jalan cerita. Dapat rasa ketegangan antara Syafiq Kyle dan Zul Ariffin. Sorang nak tumpaskan Tony Ifrit, sorang lagi nak tangkap Meth K*ller.

Dua watak comic relief, kedua-dua berfungsi dengan baik. Jokes on point. Pujian lain aku untuk filem ni adalah sentuhan emosi. Jarang filem atau drama tempatan mampu buat penonton tersentuh dengan babak sedih tapi filem ni berjaya. Memang sampai ke hati.

Plot twist tak payah cakap lah, Syafiq Yusof kot. Macam ada bau sequel. Babak akhir sebelum filem tamat terasa epic. Kalau disambung confirm meletup. Personal rating: 10/10

SHERIFF 2024 – Bila kau boleh agak segalanya –

Kalau diperhatikan balik film atau siri tv keluaran Skop yang berkait tentang PDRM, bagi aku sememangnya tak pernah berubah sejak 25tahun yang lepas.

Terutama tradisi kisah dunia kepolisan yang terlalu berat sebelah dengan kebaikan berbanding keburukan.

Senang cerita semua benda nak bertapis, contohnya seperti storyline, lakonan & dialog ala2 gerak khas yang umum selalu sebut “sangat CRINGE utk ditonton”.

Bagi aku, movie SHERIFF ini jugak tak akan ketinggalan dengan aksi letupannya, serta scene kereta kejar mengejar di setiap lorong2 kedai, sambil merempuh kotak2 & gerai ditepi jalan.

Dan tak lepas pandang juga, dengan aksi tembak menembak digedung/kilang yang wajib berlaku disetiap movie aksi mereka.

Aku rasa benda tipikal ni memang agak sukar untuk dibuang hingga kini.. haha!

Tapi… harini tanpa disangka selepas 25tahun, akhirnya skop berjaya PECAHKAN TRADISI TIPIKAL movie polis mereka! So apa yang dieorang berjaya pecahkan?

AKSI

Dua point aksi tipikal yang aku sebut diatas, berjaya diatasi dengan olahan visual gerakkan camera yang hampir 99% berbeza dari movie mereka yang pernah wujud! Menjadikan scene aksi movie ini sangat kemas & padat!

Aku jatuh cinta dengan posisi gerak tempur berkumpulan polis dalam ni.. superb gile..

Senang cerita setiap inci kualiti visualnya menjadi satu standard yang tinggi..

Bayangkan kalau aksi tipikal tu diubah jadi lain? Fuhhhh.. aku rasa boleh level hollywood gak la.. haha!

STORYLINE

Seperti tajuk yang aku sebut diatas, banyak benda yang korang mampu teka dengan mudah, lebih lagi bila korang ni peminat tegar movie2 twist.

Tapi apa yang menariknya bila writer & director bijak menjadikan twist tersebut menjadi impak yang besar pada EMOSI korang. Terutamanya apabila korang dah mula memahami 100% backstory setiap watak penting yang ada.

Maksud aku emosi berbelah bahagian untuk kau berpihak pada watak baik atau pun jahat.

Yang jenis hati tisu boleh meleleh air mata jugak la.. haha!

ACTING & DIALOG

Benda ni paling rare nak mampus!! Memang 100% berubah dari tipikal movie skop yang pernah wujud!

Bahasa tubuh serta ekspresi wajah setiap watak dalam movie ini dibawa sangat realistik dan bersahaja.

Lebih menarik, sekecil2 watak pun mampu beri kesan besar emosi penonton.. salute! So..

– Korang akan sakit hati tengok lakonan slumber si Aaron,lagi2 last dialog dia haha!

– Tak kering gusi layan lakonan si Zul ariffin, sure berdekah, banyak benda on point! Haha!

– Bakal terpegun dengan ekspresi kejam serta lakonan mendalam tentang integriti dari si Syafiq sumpah powerful..

– Cukup mengejutkan dengan lakonan top notch dari lizzy & Azira! Nanti Korang akan faham kenapa..

KESIMPULAN

Bagi aku, banyak penambahbaikkan yang berjaya dibawa oleh Syafiq Yusof untuk karya terbarunya. Lebih2 lagi sisi dark PDRM yang cuba diketengahkan. Aku sure banyak tapisan yang dia terpaksa lalui dari PDRM hingga akhirnya mampu hasilkan movie ini.

Bagi aku ini bukan lah yang TERBAIK..

Kalau dulu kita ada one two jaga, mungkin ini boleh jadi penanda aras yang lebih besar untuk industri filem kita dimasa hadapan, tentang kisah kepolisan yang tak berat sebelah… dan mungkin tentang kisah politician yang tak berat sebelah..

Bayangkan kalau ending tu bakal jadi next movie? Sumpah aku tabik hormat pada Syafiq yusof!! Kisah corruption apa pulak dia berani ketengahkan lepas ni? Haha!

Maaf merepek panjang sangat! Selamat menonton!

Personal rate : 10/10

P/s : ni 1st movie melayu aku bg personal full rate.. mmng byk benda tak disangka haha..

SPOILER

Ending scene depan court tu mmng style habis.. meremang bulu roma aku haha! Aku harap writer berani ketengahkan corruption high level pulak.. sure gempak nak mati.. haha! Sheriff Narko Integriti

Sheriff Narko Integriti (2024) – MINOR SPOILER

Kisah polis tangkap polis dan polis bunuh polis (spoiler yang ditunjuk di dalam trailer). Satu naskah terbaru dari pengarah muda Syafiq Yusof. Tahun lepas beliau berjaya mengutip lebih RM 50 Juta selepas mengarahkan filem trilogi Polis Evo 3. Dan April 2024, beliau hasilkan filem kepolisian yang ke 3 selepas Polis Evo 3 dan KL Special Force.

Storyline:

Bagi saya, ini adalah karya segar terbitan Skop dan Astro Shaw, berkaitan sisi gelap anggota polis. Sebelum ini, kita ada One Two Jaga (tapi waktu tayangan agak terhad dan kurang promosi). Untuk karya ini, saya rasa jalan cerita agak dark, emosi dan ganas berbanding francais Polis Evo (kecuali PE2). Cuma untuk aksi bergasak, tembak menembak mungkin tidaklah se-intense Polis Evo, kerana genre sebenar untuk filem ini ialah Thriller, Psychological Investigation & Action.

Watak:

Seperti yang kita tahu Sheriff (lakonan Zul Ariffin) adalah tonggak utama untuk filem ini. Namun bagi saya, cerita ini sebenarnya tertumpu kepada Insp Nazri (Syafiq Kyle). Saya rasa, ini adalah lakonan terbaik Syafiq Kyle dan Zul Ariffin. Untuk Tony Ifrit (Aaron Aziz), saya rasa macam ada yang kurang. Dia jahat, tapi jahat yang kita tahu dia orang jahat. Mungkin sebab tatu dekat tangan tu kot. Kalau tatu di leher tu saja, saya rasa dah nice.

Plot:

Seperti sedia maklum, Syafiq Yusof terkenal dengan plot twistnya. Cuma bila banyak sangat plot twist, takut tersimpang jauh. Mujur team Syafiq bijak mengolah dan mengarang supaya plot semuanya berkait dan mengena.

Aksi:

Seperti yang saya cakap, aksinya ada cuma tak sekerap movie aksi yang pernah kita tonton. Kejar-mengejar, tembak menembak, bergasak semua ada. Kamera movement cantik, kalau katakan ada konsep Aerial, One Shot atau POV mesti lagi best. But still better dari kebanyakan filem aksi

Paniang sebenarnya nak tulis, tapi dah lewat malam. Saya pun dah mengantuk. Anyway, movie ni boleh saya katakan antara karya terbaik Syafiq (bagi saya S.A.M masih yang terbaik). Moga ada peluang untuk Polis Evo X Sheriff nanti.

Rating: 8.8/10

P/S: Tak semua boleh layan movie macam ni, tapi movie ini untuk semua rakyat Malaysia. Supaya kita tahu, masih ada lagi polis yang bekerja untuk keamanan negara dan amanah dengan tanggungjawab. Kerana mereka tahu, itu adalah ibadah mereka. Dan polis juga manusia yang tak pernah lari dari kesilapan, manakala masih ada lagi polis yang berhati-perut. Sheriff Narko Integriti

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply