OtakNews! : Senarai Pelakon dan Watak The Amazing Spider-Man 2!

Movie The Amazing Spider-Man 2 akan keluar pada 2 Mei 2014. Ini sekaligus menambah list senarai movie pilihan OtakMovie untuk tahun 2014. Sama seperti movie pertamanya, OtakMovie memang sangat setuju dengan penghasilan reboot francais Spider-Man ini. Memanglah ramai yang agak kecewa dengan penghasilan reboot ini, tetapi bagi OtakMovie, movie kedua ini akan membuktikan Marc Webb membuat keputusan yang tepat untuk mengreboot movie Spider-Man ini.

Untuk permulaan bagi perkembangan movie The Amazing Spider-Man 2 ini, didedahkan dahulu senarai pelakon dan watak yang akan dipaparkan. Kali ini kita akan saksikan Elektro sebagai villain utama dalam movie ini di samping Rhino. Dan watak Harry Osborn dan Mary Jane juga akhirnya diperkenalkan. Satu lagi watak misteri iaitu Norman Osborn aka Green Goblin masih menjadi tanda tanya sama ada akan didedahkan atau tidak. Apa pun, mari kita saksikan senarai casting untuk movie The Amazing Spider-Man 2 ini!

Andrew Garfield sebagai Peter Parker aka Spider-Man

Andrew Garfield sekali lagi kembali membawa watak sebagai Peter Parker aka superhero Spider-Man. Dalam movie pertama, ramai yang mengkritik lakonannya sebagai Spider-Man tidak sehebat Tobey Maguire, tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus membawa watak Spidey dengan caranya tersendiri. Kali ini, Peter Parker secara umumnya adalah seorang pelajar dan juga superhero, masalahnya dengan Gwen Stacy juga harus diselesaikan setelah kematian bapa Gwen iaitu Captain George Stacy dalam movie pertama.
Movie memorable Andrew Garfield yang lain : The Social Network (2010)

Emma Stone sebagai Gwen Stacy


Emma Stone juga antara pelakon yang dikekalkan dalam movie ini. Beliau sekali lagi membawa watak sebagai Gwen Stacy iaitu buah hati Peter Parker. Walaupun Peter telah berjanji dengan ayah Gwen supaya menjauhkan dirinya untuk menjamin keselamatan Gwen, tetapi ini tidak menghalang Gwen untuk terus mencintai Peter. Dan mungkin Gwen akan memainkan peranan yang cukup besar sebagai satu-satunya watak baik yang mengetahui identiti Peter sebagai Spider-Man.
Movie memorable Emma Stone yang lain : Easy A (2010)


Dane Dehaan sebagai Harry Osborn

Istimewanya untuk movie sekuel ini dipaparkan akhirnya watak Harry Osborn yang didukung oleh Dane Dehaan. Untuk movie ini, Harry dikatakan kembali setelah menghilang dari kawan baiknya, Peter. Mungkin ini ada kena mengena dengan bapanya juga iaitu Norman Osborn iaitu bakal Green Goblin yang masih lagi misteri.
Movie memorable Dane Dehaan : Chronicle (2012)
Jamie Foxx sebagai Max Dillon aka Elektro

Jamie Foxx disahkan akan membawa watak Elektro, seorang jurutera elektrik yang mengalami kemalangan mutasi yang membabitkan genjatan elektrik hingga menyebabkan beliau menerima super power yang mampu menjana dan mengalirkan tenaga elektrik ke seluruh badannya. Masih tak dipastikan sisi cerita Elektro dalam movie sekuel ini tetapi kehadirannya disamping dibawa oleh pelakon hebat amatlah dinanti OtakMovie.
Movie memorable Jamie Foxx yang lain : Django Unchained (2013)
Shailene Woodley sebagai Mary Jane Watson

Nampaknya Marc Webb sekali lagi mewujudkan elemen menarik dalam movie sekuelnya kali ini dengan akhirnya memaparkan cinta hati hidup Peter Parker iaitu Mary Jane Watson yang dibawa oleh pelakon remaja Shailene Woodley. Barangkali kewujudan Mary Jane ini akan mewujudkan cinta tiga segi antara Peter, Gwen dan Mary Jane sendiri.
Movie memorable Shailene Woodley yang lain : The Decendents (2012)
Paul Giamatti sebagai Aleksei Michailovich Sytsevich aka Rhino

Kalau diikutkan watak ini masih belum disahkan lagi untuk wujud dalam sekuel ini. Sama seperti movie sebelum ini, Marc Webb akan bermain teta-teki akan pelakon lain yang akan berlakon dalam movienya kali ini. Tetapi jika benar Rhino akan membuat kemunculan dan dibawa pula oleh pelakon berkredibiliti seperti Paul Giamatti, semakin membaralah semangat OtakMovie untuk menunggu kehadiran movie ini.
Movie memorable Paul Giamatti yang lain : Shoot ‘Em Up (2007)
Setakat ini itu sahajalah senarai casting yang didedahkan buat masa ini. Mungkin pada masa akan datang ramai lagi pelakon yang akan didedahkan kerana masih banyak watak untuk francais Spider-Man ini dipaparkan. Seperti watak Norman Osborn, editor Daily Bugle J. Jonah Jameson, Betty Brant dan banyak lagi. Dan peminat juga tak sabar nak tunggu karakter villain lain untuk ditonjolkan seperti Mysterio, Man-Wolf, Carnage, Morbius dan Vulture. Tetapi semua itu perlu beratur dahulu untuk menuggu giliran. Selain dari pelakon-pelakon di atas, Martin Sheen dan Sally Field juga kembali membawa watak Uncle Ben dan Aunt May. The Amazing Spider-Man 2 sekarang berada dalam proses penggambaran.

3 Comments

Leave a Reply