Ulasan Novel Dewasa Jijik ?

ulasan novel dewasa jijik

Ulasan Novel Dewasa Jijik ? Ulasan buku paling agresif yang pernah aku tulis. Kawan aku guru sekolah. Bulan lepas dia ada tunjukkan beberapa buah novel hasil rampasan pelajar² sekolah sekitar umur 13-16 tahun. Kebanyakan novel yang dirampas berbentuk kulit buku ala² lelaki materialistik, fokus tubuh lelaki dari dada hingga pinggul, berkot & tunjuk tangan berurat.

Ulasan Novel Dewasa Jijik ?

Aku ternampak novel ni. Ternampak nama si Shadhia. Dulu pernah kecoh tentang minah ni & sekor lagi, apa entah nama dia. Bukan satu novelnya yang dirampas, tapi ada 7 buah novel yang sama. Aku macam, hmmm……apa yang seronok sangat budak² sekarang baca novel tajuk “mafia”, “daddy”, “darlingku”?

Aku pun cuba baca untuk ambil tahu. Dan aku menyesal sebab inilah novel sampah yang pernah aku baca tahun ni. Menakutkan. Bagaimana pelajar sekolah boleh meminati bacaan macam ni? Dan berapa ramai agaknya mak ayah tak tahu pun atau tak tengok²kan langsung novel anak² diorang?

Aku seru kepada semua mak² ayah², pergi periksa kesemua rak buku anak².
Cari novel yang mungkin ada kulit bukunya lebih kurang macam ni.
Cuba baca awal, tengah, akhir.
Kalau penulisannya ada carutan, pornografi, soft porn, semuanya, sila buang.
Atau kau buat alas tahi kucing pun boleh.

Patutlah umur 13 tahun pun tanpa segan silu cerita tentang seks ganas.
Rupa-rupanya ada penulis tak bertamadun wujud dalam Malaysia ni.
Penulisan yang lebih jijik daripada najis.

**Aku alu-alukan korang untuk attach apa² novel jijik kat komen ni supaya ramai orang boleh jauhkan novel ni daripada budak².

Edit: mana yg bising backup novel ni kata “ni kan novel adult punya”. Hello, kalau ni novel adult, penerbit sepatutnya tulis “untuk pembaca matang” dekat kulit novel macam penerbit FIXI buat. Nak backup penerbit & penulis dah kenapa?

Kenapa tetap beri 1 bintang?
Weh shoppee pun limitkan 1 bintang la  mana ada 0 bintang. Nak condemn aku tu fikir logik sikit. Bukan condemn dengan emosi. 

Cuti sekolah sudah bermula minggu lalu. Anak-anak buat apa? Baca buku?

Bagus tu. Tapi kena semak juga buku apa yang anak-anak kita baca ya. Hari ini, seorang kawan bercerita, anak gadisnya (awal remaja), membaca sebuah novel yang dilihat biasa-biasa tapi di dalamnya terdapat babak yang kurang sesuai.

Maka, beliau memberitahu anaknya supaya tidak meneruskan bacaan.

Hal novel lucah ini suatu hal yang perlu diberi perhatian berat kerana ia mampu mempengaruhi pembaca ke arah yang tidak baik. Memang ada dijual novel yang betul-betul lucah, yang memang untuk merangsang pembaca. Sudah banyak kes juga salah laku moral akibat bahan bacaan begini.

Satu hal lagi ialah novel yang berselindung di sebalik tajuk dan kulit buku yang murni tetapi di dalamnya tidak bermoral.

Terus teringat ‘group’ Boikot Novel Cabul yang pernah saya dan rakan-rakan lain buat demi mengekang kebanjiran novel lucah/cabul …

Walaupun sudah tidak kerap dikemas kini, masih menerima apa jua aduan tentang novel lucah untuk Kita ambil tindakan seterusnya ….

Jika jumpa novel begini, buatlah aduan segera ke KDN.

*jangan lupa, semak novel yang anak-anak kita baca. Ibu bapa pun, elakkan la baca novel begitu.

#buku#novellucah#novelcabul#novel#books

Dalam komuniti buku, tengah panas isu penjualan novel lucah di SIBF. Dikatakan penulisnya seorang wanita.

Saya tidak membaca novel. Satu-satunya novel yang saya baca ialah “Ayat-ayat Cinta” karya penulis Indonesia, Habiburrahman el Shirazy.

Novel itu dihadiahkan sahabat saya di hari pernikahan saya. Lepas saya baca novel itu, memang saya mengamalkan ayat-ayat cinta itu kepada isteri.

Novel itu antara buku yang beri kesan mendalam kepada saya sehinggakan bookmark di dalamnya saya cium dan gunakan sehingga lunyai bila baca buku-buku lain.

Entah kenapa saya angau betul baca buku itu. Tapi bila buku itu difilemkan, saya rasa jalan ceritanya tak sampai sama seperti dalam buku. Terus saya tak baca novel sampai sekarang.

Itu novel cinta. Penulisnya saya rasa sangat hebat berimaginasi sehinggakan ceritanya seolah hidup. Saya sempat kirimkan email terima kasih kepada penulisnya.

Beza penulis novel (fiksyen) dan bukan fiksyen seperti saya ialah fiksyen menggunakan daya imaginasi dalam menulis.

Bukan fiksyen menggunakan fakta-fakta/rujukan yang dikutip dari pembacaan.

Bila timbul isu buku novel lucah, saya tidak dapat menggambarkan apa yang dibayangkan penulis ketika menulis dan bagaimana imaginasinya boleh sampai ke situ.

Mungkin penulisnya ada alasan tersendiri. Harapnya ada penyelesaian ke atas isu ini.

*Ramai yang ingat saya seorang penulis buku politik.

Tapi mereka tak tahu Mamat berambut panjang ikal mayang ini pernah menulis buku tentang junjungan mulia Nabi Muhammad. Status best seller tau di Popular.

Don’t judge a book by its cover. Don’t judge an author by his appearance.

Isu novel lucah berleluasa lagi.

Apakah tindakan yang perlu diambil untuk membanteras kegiatan tidak bermoral ini? Ambil gambar novel/penulis/penerbit dan buat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jangan bagi muka kepada penulis dan penerbit yang culas dalam tanggungjawab mereka.

Karya lucah menghancurkan jiwa pembaca, terutamanya remaja. Ibu bapa, mohon alert dengan bacaan anak-anak anda. Harap-harap isu ini dapat dibanteras segera. #sibf2023, #katakantidakkepadakaryalucah.

Isu novel LUCAH

ni semua pihak kena cakna dan sama-sama kena banteras supaya penerbit dan penulis buku-buku jijik ni tak berani nak keluar rumah pun. Berapa besar pun kabel mereka ni, tapi dengan kuasa acik bawangs Malaysia, kita boleh hapuskan orang-orang jijik ni.

Paling utama, MAK BAPAK TOLONG PANTAU BAHAN BACAAN ANAK! Jangan ingat anak membaca tu dah bagus sangat kalau baca buku LUCAH. Guru-guru yang bawa anak murid ke pesta buku pun, tolong lah pantau. Pastikan mereka beli buku yang bermanfaat. Pihak penganjur pun lepasni tolonglah jangan kotorkan kesucian pesta buku ni dengan adanya buku lucah. Jangan fikir untung je.

Hilang dah seri pesta buku. Lama-lama jadi pesta buku lucah je haha. Ulasan Novel Dewasa Jijik.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply