Review Cerita Mutant

review cerita mutant

Review cerita mutant banyak dalam blog ni. OKlah, nanti kita baca satu satu koleksi cerita mutant yang ada. Bolehlah baca dan tonton nanti.

The New Mutants 2020

The New Mutants 2020 ? Setelah berkali-kali ditangguhkan tayangannya, akhirnya filem ini berjaya juga dikeluarkan dan menemui penonton. The New Mutants merupakan filem terakhir dari francais X-Men Fox Studios sebelum dibeli oleh Disney. Menjanjikan sebuah genre seram yang segar dalam genre ‘superhero’, filem ini berakhir dengan tragedi buruk, sama ada dari segi kutipan mahupun jalan ceritanya.

Mengisahkan tentang sekumpulan Mutan muda yang baru sahaja ingin meneroka kuasa masing-masing, mereka dikurung di sebuah fasiliti atas tujuan kajian oleh Dr Cecilia Reyes (Alicia Braga). Bersama-sama, Dani Moonstar (Mirage), Rahne Sinclair (Wolfsbane), Ilyana Rasputin (Magik), Sam Guthrie (Cannonball) dan Bobby Da Costa (Sunspot) cuba merungkai misteri fasiliti tersebut dan motif sebenar Dr Reyes.

Menonton filem ini seolah menonton sebuah episod pilot untuk siri tv superhero. Premis yang cuba disampaikan tergantung sebaik sahaja konflik dan pendedahan yang dipaparkan muncul pada saat-saat akhir. Ianya rasa tidak lengkap lebih-lebih lagi dengan kekurangan perkembangan watak antara satu sama lain. Watak ‘villain’ yang ditunjukkan dalam filem ini juga tidak mampu memberikan tekanan yang cukup pada watak-watak utama.

Tema seram yang diguna pakai juga tidak lah seseram mana pun. Ianya sekadar ada sahaja dan elemen seram itu walaupun agak tipikal tetapi tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Malahan filem ini dicacatkan pula dengan sekuens-sekuens yang tidak bersambung dengan sempurna. Suntingan babak ke babak menimbulkan kekeliruan dalam penceritaan, menjadikan plot berterabur dan perkembangan watak menjadi kelam kabut. Perasaan menonton terasa hambar bila melihat cerita yang tiba-tiba begitu, tiba-tiba begini, dan kesudahannya? Mengecewakan.

Malahan genre superhero itu sendiri pun disampaikan dengan separuh jiwa sahaja. Mungkin babak kuasa Ilyana agak mengagumkan tetapi pengarah tidak bijak untuk menggunakan kuasa-kuasa ini dalam menonjolkan sebuah babak aksi yang bagus. Apa yang menariknya, filem ini masih lagi mengekalkan hubungkait dengan filem X-Men yang lain. Hubungan paling dekat sekali adalah dengan filem Logan dan X-Men Apocalypse. Beberapa kali juga francais ini cuba untuk memberikan kelibat supervillain Mr Sinister, tapi tinggal menjadi habuk sahajalah.

“This place takes your greatest fear and makes you live through it, until it kills you.”

Tezuka Cara Barat. *sebuah reviu Astroboy

Filem ini memang aku dah lama tunggu semenjak reviunya aku baca di majalah Gempak* pada tahun 2007 lagi. Akhirnya dapat juga aku menontonnya.

Aku memang kenal manga-ka Astro Boy iaitu Ozamu Tezuka (sensei) yang telah banyak mencipta beberapa lagi manga terkenal dan salah satu darinya adalah Cyborg 009 dan ada beberapa lagi yang aku tak ingat (hehe)…

Tetapi aku tak berapa mengikuti manga-manga nya itu. Malah Astro Boy sendiri banyak aku kenal dari majalah Gempak sedangkan aku rasa aku tidak pernah membaca atau menonton Astro Boy ketika kecil. Mungkin ini satu kredit untuk aku menonton movie ini tanpa ada harapan sebagai peminat setia.

Berbalik pula kepada movie Astro Boy ini, gaya penceritaannya biasa sahaja tetapi dapat menarik kanak-kanak malah orang dewasa juga ke panggung wayang. Teknik CGI yang digunakan tidaklah terlalu nampak ‘real’ dan ini merupakan sesuatu yang menarik kerana unsur-unsur animasi itu lah yang membuatkan movie ini bernilai.

Satu usaha yang mantap dari krew produksi Imagi Studios (selepas menghasilkan Teenage Mutant Ninja Turtle) yang berjaya menerapkan unsur animasi tersebut. Movie ini juga seolah-olah dihasilkan dari episod-episod kecil anime Astro Boy masa kini yang sebenarnya tidak wujud.

Dalam konteks dialog pula, komedi yang cuba disampaikan menarik tetapi ada sesetengah audiens tidak dapat menerimanya. Mungkin kerana adaptasi komedi dari Jepun ke Barat kelihatan agak janggal.

Tetapi, apa yang menarik perhatian aku adalah watak Astro Boy itu sendiri (yang dilakonsuarakan oleh Freddie Highmore dari movie Spiderwick Chronicles) yang kelihatan ikhlas serta jujur dalam setiap perkara. Ianya merupakan moral yang paling bernilai kepada kanak-kanak yang menonton.

Agak kecewa juga, watak Hamegg yang kelihatan baik pada mulanya (sangat baik!!!) di ‘twist’ menjadi antagonis kecil yang menggunakan robot sebagai bahan hiburan semata.

Endingnya pula seolah terlalu mengikut ending filem superhero lain yang akhirnya nampak seperti tidak kena. Muncul raksasa lain selepas beberapa minit Astro Boy memusnahkan monster Peacekeeper…dan tiba-tiba, Cora bertemu dengan ibu bapanya di Metro City selepas tersadai di Surface (Metro City adalah bandar terapung dan bumi ketika itu di gelar Surface yang di huni oleh orang-orang miskin) dan ini membuatkan ianya menjadi tanda tanya. (???)

Maaf, aku tidak berapa berkenan untuk menceritakan sinopsisnya, cukuplah anda menontonnya sendiri di panggung wayang, dan bagi aku, movie ini amat sesuai ditonton oleh kanak-kanak serta orang dewasa yang ingin ‘melapangkan fikiran’.

p/s : perhatikan ada satu karakter seiras dengan manga-ka sensei Osamu Tezuka…:)

House of M

Ramai yang komen pasal filem Dr Strange in the MOM, dan ramai yang setuju kalau tajuk tu lebih sesuai diberi tajuk Wanda in the MOM. Ada kata best ada kata tak best. Bergantung kepada expectations.

Saya pun scroll website sebab nak tau kemana halatuju cerita marvel ni. Dulu pernah gak buat macam ni, baca ulasan comic version sebelum tayangan the avengers infinity war dan end game. Dalam comic memang lain la sebab ada watak adam warlock. Masa tu ingatkan betul la follow sbb dalam GOTG ada hint Adam ni nak keluar. Tapi last2 memang lain. Berbalik semula ke filem Dr Strange MOM ada satu crossover comic bertajuk House Of M

Komik ini memang start dengan the madness of Wanda.

“Its first issue appeared in June 2005 as a follow-up to the events of the Planet X and Avengers Disassembled story lines, in which the superhero Scarlet Witch suffered a mental breakdown and tried to alter the fabric of reality to re-create her lost children.”

“House of M replaced the Earth-616 as the main reality for a brief time until Scarlet Witch reverted it to normal. The events of the story line were later indicated to have occurred on Earth-58163.”

Kalau korang nak tahu MCU yang kita tengok dari ironman sampai ke endgame adalah dari universe Earth-616

Adakah akan ada filem x-men under disney? (Sebelum ni under fox) wanda itu sendiri adalah watak mutant dari franchise x-men, masuk MCU disney Wanda adalah the enhance (tak boleh guna gelaran mutant)

Jika ada, maknanya jalan cerita ni akan follow House of M.

End credit dalam filem Dr Strange MOM yang kata “it’s over” tu adakah hint nak bagitau no more mutant???

Nak tahu sinopsis House of M

Boleh follow link ini

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply