Tyzo Xander Masuk HotFM ?

Tyzo Xander Masuk HotFM ? Dilamar Hot FM, Menteri Komunikasi Pula Minta Bersabar. Rezeki Tyzo Xander Di Kelilingi Aura Positif

Tidak sampai 24 jam berita pengunduran DJ Tyzo Xander atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain dari Radio Suria FM, nampaknya rezeki bertandang kepada pemenang Penyampai Radio Paling Popular Anugerah Bintang Popular ke-35 ini.

Dalam satau hantaran di Instagram, pihak Hot FM menyatakan hasrat mereka dengan bertanyakan kepada pengikut mereka sama ada mereka setuju atau tidak untuk Tyzo menyertai mereka.

“Aku mendengar suaramu! Ader, korang setuju tak kalau Tyzo Xander join Hot FM? Komen dan tag Tyzo ok. Jap kita orang nak lepak dengan Tyzo ni,” kongsi stesen radio popular tersebut.

Sehingga kini hantaran tersebut

menerima lebih 26 ribu tanda suka dan lebih 4 ribu orang meninggalkan komen. Rata-rata memuji tindakan stesen radio itu untuk melamar Tyzo sebagai salah seorang penyampai.

Manakala, dalam satu kisah yang lain pula. Menteri Komunikasi Malaysia, Yang Berhormat Fahmi Fadzil pula memuat naik gambarnya bersama Tyzo Xander di aplikasi X sambil memberikan kata-kata semangat. “Terserempak dengan Tyzo. Bersabar, saudara. Rezeki tak pernah salah alamat. Insya-Allah,” tulisnya. Ciapan tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 289 ribu pengguna aplikasi itu dan menerima lebih 2800 tanda suka.

Imbas kembali, Terdahulu, Suria FM mengumumkan khidmat penyampai Suria Petang itu secara rasminya berakhir semalam. Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin menyifatkan khidmat Tyzo sangat besar sumbangannya dan akan sentiasa menyokong kariernya ke depan. Keputusan berkenaan adalah antara langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baharu. Tyzo Xander Masuk HotFM ?

Khidmat Tyzo bersama Suria FM berakhir

Khidmat penyampai segmen Suria Petang di stesen radio Suria FM,

Tyzo Xander secara rasmi berakhir hari ini. Penyampai segmen Suria Petang di stesen radio Suria FM, Tyzo Xander secara rasmi berakhir hari ini.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), keputusan yang dibuat merupakan langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk yang lebih menarik serta segar bagi tahun 2024.

“Suria FM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tyzo di atas kerjasama yang diberikan sepanjang bersama Suria. “Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Tyzo dan rakan gandingannya dalam segmen Suria Petang, Kak Rara atau Sharifah Shahirah.

“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baharu bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar.

“Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Tambah DJ Lin, Suria FM turut mendoakan kejayaan Tyzo dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.

“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi. Tyzo Xander Masuk HotFM ?

Sorry to say Suria FM❗

Bermula hari ini aku boikot. DJ Lin ni aku rasa dia nie memang bermasalah. Nampak perwatakan lembut dan sopan tapi makan dalam der. Aku dengar radio ni sebab Tyzo. Karakter dia takde pada penyampai radio yang lain. Memang special talent.

Tapi aku berpuas hati sebab depan muka DJ Lin dia bgtau ‘TERIMA KASIH DI ATAS PENGANIAYAAN INI’. Fuhhhh. Tu pun baru tahu yang DJ Lin tak hantar nama dia masa anugerah ABPBH. Gila ah !

Stesen radio lain perlu cepat bertindak untuk ambil Tyzo nie. Kalau aku offer dia jadi DJ dalam Panggilan Burung Hantu rasa² dia sudi tak ?

Saya peminat Suria Petang!

Since Tyzo bergabung dgn kaksu, pastu bertiga dgn kak Rara kemudian berdua je dengan kak Rara lepas kak Su masuk pagi. Seriously rasa kecewa sangat bila Tyzo khabarnya ‘diberhentikan’

Tapi dalam dunia radio ni tak pelik, bila ada orang yg rasa dia berkuasa dan mula salah guna kuasa, bila2 masa je dia boleh buang kita begitu sajaaa. Kadang tu puncanya bukan apa pun, dengki. Tak boleh tengok orang lain lebih dari dia.

Diberhentikan ni kalau prestasi kita sendiri yg merudum, tak bagus…no hal memang kita boleh terima. Tapi kalau bagi alasan budak tadika, sesuatu sangat kat situ.

YTJT. Pedih memang pedih, yang dah lalui je tahu macam mana rasa kecewanya hati ni bila benda yg kita minat direnggut macam tu je atas sebab ‘lebih berkuasa’. Ohh btw, sy mengulas ni bukan pada situasi yg berlaku pada Tyzo je, but me too once upon a time

Walaupun benda dah lama berlalu, sesekali teringat tu rasa terhiris jugak hati ni. Tapi tak pe lah, saya meredhakan dan memilih untuk tenang2 aje sekarang.

Tak de radio pun tak pe lah wak… kat rumah kita kan kita ada radio sendiri tau. Lagi syok bila2 nak kerja kita boleh lompat dari katil ke kerusi konti. Tak payah buang masa nak gi opis bagai . Ok bye. Sekian luahan jam 2 pagi. Dari dj radio pencen yg turut terkesan dgn pemberhentian Tyzo.

Terbaca kisah Tyzo DJ suria fm tadi,

aku faham sangat isi hati beliau. Kadang kala kejayaan kita akan menjadi asbab kebencian orang. Bertabahlah kepada sesiapa yang pernah mengalaminya. Pada saat kerjaya kita di kemuncak, pasti akan ada manusia berhati binatang yang akan menjatuhkan kita.

Aku pernah lalui dahulu. Tiba-tiba aku kena REDE dan ditukarkan ke sekolah lain atas alasan yang aku sendiri tidak boleh terima. Aku akur walaupun hati aku sakit, tapi apakan daya, aku tidak punya kuasa.

Akan tetapi, Allah maha adil, beberapa bulan aku ditukarkan, aku dapat APC, dan tahun seterusnya, aku berjaya mendapat HLP (cuti belajar bergaji penuh) untuk sambung belajar. Nikmat Allah yang aku sungguh tidak menyangka.

Ibrah daripada kisah Tyzo atau kisah aku, kita kena bersangka baik dengan Allah. Allah sayang kita, Allah tahu kemampuan kita. Dugaan hidup bersilih ganti, tapi Allah tetap genggam doa2 kita dan pada masa yang terbaik, Allah akan beri. Percayalah!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply