Hadiah Dari Pendekar Awang

Hadiah Dari Pendekar Awang

Hadiah dari pendekar awang ? Oleh-Oleh Dari Pendekar Awang …Tanpa mengampu atau membodek, saya tidak segan silu untuk mengatakan bahawa filem ini memberi impak, kesan dan pengaruh yang berbeza-beza mengikut niat dan objektif para penontonnya.

Tidaklah keterlaluan kalau saya sebut bahawa ia adalah satu alternatif hiburan yang bermanfaat untuk seisi keluarga, tanpa keganasan dan eksploitasi wanita, sarat dengan pesan-pesan yang menginspirasikan, disulam dengan iringan muzik latar yang sedap didengar dan dipersembahkan pada kadar yang sederhana.

Mesejnya sangat kuat dan dapat dirasai sejak bermulanya filem ini sehingga babak penutupnya.

Peristiwa-peristiwa sejarah dan tokoh-tokoh yang dipaparkan sangat berkait dengan episod penjajahan British di negeri-negeri Melayu.

Peranan para ulamak, ilmuan, wanita, pemuda dan kanak-kanak sangat ketara sehingga filem ini tidak akan lengkap tanpa watak-watak mereka. Setiap satu paparan watak mereka merupakan simbol kepada kebangkitan bangsa yang berdaulat.

Pengkaji sejarah, pakar motivasi, ibubapa, penggiat seni dan budaya, penggemar persilatan dan beladiri, peminat sukan berkuda dan memanah, asatizah, pemerhati politik, para pelajar dan pemuda-pemudi serta masyarakat umum … ada sesuatu untuk mereka semua dari filem ini.

Ia menghimbau sejarah jatidiri bangsa Melayu yang enggan tunduk kepada penjajahan asing. Bahawa sejarah lampau mereka dihiasi episod-episod kepahlawanan yang membanggakan. Hadiah dari pendekar awang.

Pendekar Awang mengajar bahawa hidup dalam keadaan bebas merdeka lebih mulia dari melutut dalam kehinaan jiwa yang terjajah.

Bahawa setiap pengorbanan tidak pernah sia-sia dan akan menjadi pendorong kepada generasi sesudahnya.

Penonton akan didedahkan bahawa perjuangan bangsa Melayu menentang penjajahan yang terpisah dari ikatan dan petunjuk agama Islam tidak akan membawa natijah yang diharap-harapkan apabila tujuan dan matlamat perjuangan ini dikuasai hawa nafsu. ‘Peperangan’ melawan hawa nafsu lebih sukar dihadapi daripada bertemu dengan musuh di medan pertempuran sebenar.

Filem in juga tidak akan membawa apa-apa makna dan pengertian kepada mereka yang tidak peduli kepada sejarah kebangkitan orang-orang Melayu melawan penjajah British. Ia tidak akan menginspirasikan mereka yang tidak peduli tentang nasib dan masa depan bangsa yang terjajah.

Bagaimanapun, Pendekar Awang telahpun mencipta sejarah apabila hadir dalam industri hiburan dan perfileman tanahair dengan daya tarikan tersendiri di celah-celah ketandusan filem bertemakan sejarah perjuangan bangsa Melayu.

Semoga Studio Kembara terus menghasilkan karya-karya yang bermanfaat sebagai satu sumbangan kepada khazanah warisan yang dibanggakan. Hadiah dari pendekar awang.

Kenapa Fobia Dengan Filem Mat Kilau Dan Pendekar Awang?

Sejak kemunculan Filem Mat Kilau pada kali pertama pada tahun 2022 dan terkini filem Pendekar Awang pada tahun 2024, sudah terdapat beberapa suara sumbang yang semakin nyaring cuba meremehkan filem-filem ini.

Saya tidak merujuk kepada komen-komen atau kritikan-kritikan yang bersifat membina dan objektif terhadap sudut-sudut teknikal, pemilihan pelakon atau skrip atau busana atau senjata dan sebagainya. Tetapi kepada penerbitan dan pembikinan kedua-dua filem itu sendiri.

Spesis Netizen seperti ini (termasuk yang bukan-Melayu/Muslim dan juga mereka yang suka kritik/kecam tanpa bersebab) seakan-akan tidak berpuashati bahawa sebuah syarikat Bumiputera Melayu mampu mengeluarkan dan menerbitkan filem berdasarkan sejarah perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah British. Komen-komen tentang peranan talibarut Cina (dan askar-askar upahan Sikh) sudah kedengaran sejak dari filem Mat Kilau lagi tetapi ia tidak begitu signifikan sangat.

Yang dipertikaikan (atau mungkin yang menjadikan mereka gelisah kepanasan)

adalah hakikat bahawa sebuah syarikat penerbitan tempatan berstatus Bumiputera cuba memasukkan elemen-elemen kepentingan agama Islam, patriotisma dan cintakan tanahair, kedaulatan bangsa dan kekuatan persatuan Melayu dan kebencian terhadap penjajahan melalui platform seni dan filem untuk ditayangkan kepada rakyat Malaysia.

Maka menderulah komen-komen mereka mengecam dan mengkritik kedua-dua filem ini bagaikan makhluk yang kerasukan, melalui profail-profail palsu Facebook dan ‘cybertroopers’ maya mereka yang takut mendedahkan identiti sebenar masing-masing.

Setiap aspek dari unsur-unsur keMelayuaan, agama Islam, sejarah penentangan Melayu terhadap penjajah, persenjataan yang digunakan, seni bela diri yang dipersembahkan, paparan mengenai berkuda dan memanah, dialog-dialog yang di luar kelaziman pada filem-filem Melayu dan mesej-mesej besar yang ingin disampaikan … semuanya tidak terlepas dari radar sasaran dan bidikan komen-komen sinis mereka.

Mereka ini berkeliaran di dalam banyak Page dan akaun Facebook

mengenai perfileman dan ada juga yang aktif di luar Page-page tentang filem dan tidak kurang juga yang menempel pada status-status pengkritik dan pengulas filem. Kemungkinan juga mereka adalah tentera-tentera maya yang dibayar untuk meng-Isr4el-kan filem-filem seumpama ini.

Apa yang tersirat di sebalik semua kecaman dan kritikan itu adalah satu fobia terhadap kemampuan orang-orang Melayu atau syarikat penerbitan Melayu yang menjadikan sejarah perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah sebagai produk dan jenama yang ditawarkan kepada para penonton. Seolah-olah mereka tidak mahu orang-orang Melayu kembali sedar. Terinspirasi serta menghidupkan semangat para pahlawan dan sensitif terhadap isu-isu kedaulatan bangsa, tanahair dan juga agama.

Tanda Putera misalnya, sebuah filem arahan Shuhaimi Baba. Diterbitkan oleh Pesona Pictures tentang politik Malaysia pasca peristiwa Mei 1969 juga. Pernah dikecam oleh puak-puak rasis dan cauvinis Cina kononnya kerana membawa naratif. Persepsi buruk tentang parti dan pemimpin-pemimpin DAP pada ketika itu. Hadiah dari pendekar awang.

Perangai dan wajah sebenar mereka akan terdedah

apabila kita cuba mengkritik filem-filem yang menonjolkan agenda liberal, atheisma, kemurtadan dan perlecehan terhadap isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu. Pantang ditegur atau dikritik dalam aspek-aspek ini. Mereka akan segera menerpa dari tempat-tempat persembunyian mereka. Menyeringai dan melenting dalam bantahan dan komen-komen balas mereka.

Filem-filem yang mereka sokong pula kononnya adalah dalam kategori Avant Garde, layak mendapat Oscar. Punya nilai produksi yang tinggi, mengagungkan keinsanan, mendapat sentuhan sutradara terulung dan dijulang oleh industri perfileman Barat. Atas sebab-sebab itu tidak boleh disentuh apatah lagi dikritik atau ditegur. Filem-filem sampah dan bangkai seperti ini jugalah yang dijulang. Meskipun ia membawa mudarat, merosakkan minda, meracuni jiwa dan sangat berlawanan dengan budaya dan agama.

Barangkali mereka lebih menyukai filem-filem berunsurkan mentega dan planta sebagai santapan untuk dinikmati.

Ada pula yang mengaitkan syarikat penerbit filem ini dengan pertubuhan ISMA. Kepada mereka saya katakan: So what!!! Apa masalahnya kalau sesebuah pertubuhan yang ingin mengangkat martabat orang-orang Melayu. Menyeru kepada kesepakatan antara umat demi mendaulatkan agama Islam. Mempunyai ahli yang menerokai bidang perfileman untuk menawarkan satu pilihan hiburan yang bermanfaat kepada masyarakat Melayu?

Kamu sendiri, bukankah sangat dimaklumi sangat mesra. Dengan pihak-pihak yang menjulang agenda liberal. Terlalu lunak (dan lazimnya mendiamkan diri) terhadap pecubaan-percubaan. Ini yang memancing sensitiviti umat Islam dan kerap pula menjadi pembela dan penyokong mereka?

Kononnya terpaling harmonis dan rahmah sehingga merugikan umat dan bangsa!

Sepanjang pemerhatian saya, belum ada lagi mana-mana penerbit Melayu tempatan. Berani mengambil risiko menerbitkan filem bertemakan sejarah perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah British. Ini sebagai produk-produk pertama dan kedua mereka dalam pasaran yang didominasi. Ini dibanjiri oleh filem-filem Barat ataupun filem-filem tempatan yang bertemakan aksi-aksi lasak dan penuh ‘action’.

Bagaimanapun, kejayaan filem pertama iaitu Mat Kilau telah memecahkan tembok pemikiran. Bahawa filem Melayu berinspirasikan sejarah perjuangan bangsa masih dapat diterima dan mendapat sambutan luarbiasa dari masyarakat Melayu.

Sebelum ini, percubaan pertama untuk menerbitkan filem perlawanan bangsa terhadap British. Pernah diusahakan oleh Al Marhum Dato’ Jins Shamsuddin tetapi tergendala sehingga beliau meninggal dunia. Percubaan kedua untuk menerbitkan filem yang sama juga terhenti apabila pengarahnya Al Marhum Mamat Khalid meninggal dunia.

Jadi, filem-filem Mat Kilau dan Pendekar Awang bukanlah karya pertama yang cuba dipersembahkan kepada para penonton mengenai episod-episod kepahlawanan bangsa Melayu menentang penjajah British.

Akan tetapi ‘layanan’ spesis paling tersakiti ini terhadap Mat Kilau dan terkini Pendekar Awang sangat luarbiasa toksiknya. Seolah-olah terdapat satu hasrat dan impian di pihak mereka. Supaya filem kedua ini tidak laku dan tidak mendapat sambutan dari masyarakat.

Kita tidak faham kenapa mereka begitu meluat dengan kemunculan filem-filem bertemakan sejarah. Yang membawa satu inspirasi baru kepada bangsa Melayu dan umat Islam. Sejak sekian lama disibukkan dengan pertelingkahan politik, perpecahan, perbalahan. Pertikaian dalam masalah-masalah khilaf agama dan aliran-aliran pemikiran. Semuanya semakin menjauhkan umat dan bangsa dari menjadi kuat, bersaudara dan berdaulat.

Salah satu langkah yang saya kira boleh ‘melawan’ hasrat. Keinginan kumpulan yang bermasalah di jiwa dan berpenyakit di minda ini ialah dengan menyokong. Kena menonton filem Pendekar Awang dan mengajak masyarakat Melayu. Supaya turut merasai sentimen dan mesej yang ingin dikongsi melalui filem ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply