Lady Bird (2017) – Ulasan Filem

Mengisahkan kehidupan remaja bernama Christine ‘Lady Bird’ McPherson (Saoirse Ronan), pelajar tahun akhir di sekolah Katolik yang menghadapi permasalahan remaja dan sering bersikap ‘rebel’.
Keseluruhan filem ini menunjukkan bagaimana Lady Bird membesar dengan naik turun kehidupan yang kebiasaannya dihadapi oleh remaja zaman sekarang. Lady Bird juga mempunyai hubungan ‘love-hate’ dengan ibunya yang dilihat dari matanya seolah seorang yang asyik memberikan pandangan negatif pada dirinya.

Lakonan Saoirse Ronan dalam filem ini memang sangat hebat, setakat ini pelakon ni memang betul2 seorang yang sangat berbakat dalam membawa apa sahaja watak. Kekuatan filem ini adalah pada pelakon ini yang berjaya mengangkat filem ini dan memberikan impak pada jalan cerita. Pujian juga pada pengarah Greta Gerwig yang menghasilkan filem yang cukup cantik ini.

Rating Peribadi: 4/5

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply