Imaginur Filem Demensia Alzheimer ?

Imaginur Filem Demensia Alzheimer ?

Imaginur Filem Demensia Alzheimer ? Minggu kebelakangan ni, penyakit Alzheimer sedang hangat disebut-sebut di kalangan netizen di sosial media. Ia susulan tayangan filem Imaginur yang ada menyentuh topik berkenaan.

Membaca komen-komen yang ada, saya dapati ramai masih tertanya-tanya apa perbezaan antara demensia(nyanyuk) dan Alzheimer. Jadi, saya nak jelaskan perkara itu:

Dimensia vs Alzheimer

1. Demensia bukan penyakit khusus, tetapi tanda-tanda kemerosotan daya ingatan, orientasi, dan kewajaran tindakan. Ia ada pelbagai punca, antaranya: strok, Parkinson, Huntington, Alzheimer, dsb.

2. Alzheimer pula ada sejenis penyakit yang khusus. Ia adalah penyakit kemerosotan sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan. Ia bukan proses penuaan yang normal.

Penyakit Alzheimer ini adalah salah satu punca demensia yang paling lazim. Sekitar 50-60% pesakit yang mengalami demensia adalah disebabkan oleh penyakit Alzheimer.

Boleh faham, kan? Antara amalan yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan risiko mengalami Alzheimer di kemudian hari adalah:

  • Elak/berhenti merokok
  • Elak/berhenti minum alkohol
  • Kerap bersenam dan bersukan
  • Jaga tekanan darah dan paras gula
  • Sertai aktiviti sosial/kemasyarakatan
  • Belajar lebih banyak bahasa
  • Banyakkan membaca dan berhobi
  • dan lain-lain.

Sempena IWD semalam, dating sambil #supportjiran.

IMAGINUR, seperti biasa hasil tgn pengarah terbaik FFM ni tidak akan mengecewakan. Cuma jgn harap hiburan santai2… Nik Amir akan buat otak kita bergerak dan berpusing2 mencari arah. Vibe movie Kil, menjadikan kita pun tercari2 “Eh apa ni?” “Eh, kenapa ni?” “Tadi tu kan macam tu, ni apa macam pula ni?” … haa gitulah.

I’ve read some reviews about this movie… ramai kata movie ni tangkap nangis di akhirnya. Lelaki pun nangis. Tapi masalahnya sis taktau part mana yg korang nangis berjemaah tu sis suspect masa hero dia nangis kot?

Movie ni… bak kata salah satu watak tu, lebih kurang mcm ni, ..”bila kita baca buku yg sama banyak kali, perasaan kita berbeza” … lebih kurang lah… so, setiap org yg menonton movie ni, akan dapat pengalaman & pengajaran yg berbeza.

Like ada budak belakang my seat, habis je movie dia cakap (kuat2) “goona find my happy place!”

To me, this movie taught me about…. jgn bertangguh. Nak buat apa2 buat sekarang. Jangan tunggu2… tau2 dah tua (tu pun kalau panjang umur)… dah tak mampu nak buat dah… hanya mampu mengenang memori & penyesalan “kalaulah aku buat gitu..” which is dilarang pun dlm Islam. So do it now. Never too late to start & restart. Fuhhh, keinsafan mencanak2 datang… byk benda i belum buat. I need to start somewhere sebelum menyesal…

If you wanna say something to someone, say it now. If you still have your parents around; call them often, see them often, always pray for them, be a good child even though you’re now parents but you’re still a little child on the eyes of your parents… Cherish you loved ones. Don’t let other people control you & your decision. Do what best for you & your family, lillahi taala.

If you wanna see this film, I recommend you watch it somewhere you can’t be disturbed, contohnya in cinema. Kalau tunggu masuk TV, dgn layan anak nak kecing lah, nak makan lah, etc. uols tak boleh nak hadam apa benda yg dia nak cerita. End up you rasa movie sampah.

Anyway… tahniah buat my jiran yg berjaya menghasilkan filem ni, despite the cabaran yg dihadapi (I guess i’m gonna share the behind stories dgn my team). Semoga murah rezeki utk hasilkan lebih banyak movies yg mengangkat anak Malaysia & menggerakkan otak, bukan hiburan kosong semata-mata.

bila jiran share movie yg dia produce masa PKP dah masuk TGV

, hero dia pulak duduk sebelah sekolah anak lelaki, rasa nak tengok pulak movie IMAGInur ni. di sempenakan hari wanita, kita pun buat lah couple night out dating layan drama.

bila dh jiran yg jadi producer, actor pun duduk dekat area yg sama, shooting plak masa PKP yg tak boleh p mana2, banyak scene yg sgt familiar; tpt lepaking, tpt jogging, tpt hantar anak KAFA every evening, siap front or back lane area pump station. plan asal nk shoot kt overseas, tapi ye lah. PKP. belum boleh cross border lagi.

tak pernah tengok genre drama mcm ni kat wayang. tak tahu apa nak expect sebelum dating. tapi baca review, ramai yg puji. cuma bila umur dah tak berapa muda ni, banyaklah line yg senang nak relate. the struggle jaga orang tua, expectation pasangan yg maybe x sync sama, prihatin adik beradik untuk maintain keluarga. tahniah IMAGInur yg dah kutip lebih RM2 juta dari target. semoga terus maju jaya ke next level. Imaginur Filem Demensia Alzheimer

IMAGINUR : SEBUAH VISUALISASI ANUGERAH YANG DILUPAI.

“Syukur wahai Tuhan, hari ini aku mampu mengingati peristiwa semalam” Kecil. Terselindung. Mungkin kerana itu kita kadang-kadang sering terlupa akan nikmat yang kita alami setiap hari iaitu nikmat mampu dan boleh mengingat peristiwa dari hari ke hari. Kita mungkin tidak menyedarinya namun harus kita sedar bahawa dengan ingatan kita kenal orang yang kita sayang.

  • Dengan ingatan kita kenal siapa keluarga kita.
  • Dengan ingatan kita mampu mengimbau kenangan manis bersama yang tersayang.
  • Dengan ingatan banyak perkara manis yang kita lalui sepanjang hidup.
  • Dengan ingatan kita mampu menjadikan perkara buruk sebagai pengalaman untuk berwaspada.

Mungkin masih ramai yang membaca penulisan ini masih belum menonton filem Imaginur akan tetapi itulah yang diketengahkan dalam filem ini iaitu ingat.

Apa kata bila bangun pada keesokan paginya kita tiada ingatan berkenaan apa yang kita lakukan pada hari sebelumnya. Pelik dan janggal bukan? Kerana yang menjadikan hidup kita berseri adalah kenangan semalam.

Imaginur membawa penonton sekalian menelusuri setiap bibit bibit kehidupan seseorang yang ditarik akan ingatannya. Mata yang kosong. Jiwa yang gelisah. Hanya mampu bertanya siapa engkau dan siapa engkau.

“Dan Tuhan, sekiranya esok aku tiada ingat akan perkara hari ini dan sebelumnya, aku mohon agar Engkau kekalkan aku dalam ingatan orang orang yang aku sayang dan temukanlah kami kembali di Syurga nanti…” Imaginur Filem Demensia Alzheimer

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply