Akhir, Tamat, Tiada Lagi Potter! *sebuah reviu Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2.

Maafkan aku kalau reviu kali ini tidak boleh dielak dari bersifat peribadi. Kerana kalau aku mengkritik movie ini dengan pedas, seolah aku mengkhianati francais feveret aku ini. Tapi kalau aku bukan peminat francais budak sihir ini sekalipun, aku akan kata, movie yang terakhir ini adalah yang terhebat. Terbaik? Bergantung kepada individu tertentu. Bagi aku, memang ianya sebuah movie yang lengkap sebagai sebuah pelengkap. Memang patut movie ini dibahagi kepada dua bahagian. Secara ringkas, aku boleh nyatakan beberapa perkara yang menarik dalam movie ini yang boleh korang look forward iaitu Severus Snape (Alan Rickman), Neville Longbottom (Mathew Lewis), Professor McGonagall (Maggie Smith), kewibawaan Ron, kematangan Harry, abang Dumbledore dan perang Hogwarts!

Memang tak sangka movie yang telah kita sama-sama jalani hidup selama 10 tahun, akhirnya tamat. Aku juga agak sebak setelah movie ini berakhir, kerana memang dari kecil aku membesar dengan movie ini termasuk buku-bukunya. Selepas ini tiada lagikisah tentang budak sihir ini. Namun, setiap pengakhiran memang sepatutnya ada. Lebih bagus kalau sesuatu itu berakhir dalam masa kita memerlukannya lagi dari berakhir sebab kita dah tak nak lagi. Dan adaptasi pengakhiran ini sangat menarik.
Berbeza dengan Part One yang lebih kepada ‘road movie’, Part Two mengambil genre ‘war movie’ lebih laju, padat, gelap termasuklah sedih. David Yates (pengarah) tidak teragak-agak untuk tidak membuang masa menceritakan tentang pengembaraan Harry, Ron dan Hermione dalam mencari dan memusnahkan Horcrux milik Voldemort.
Kali ini, semuanya tentang perang dunia sihir!
Walaupun nampak dalam keadaan terburu-buru, dan seolah tidak mencukupi masa, tetapi pada pertengahan cerita ini, kita akan mula masuk ke dalam dunia sihir ini secara perlahan dan sebati. Kalau kita merasakan permulaannya agak tiba-tiba, tunggu dipertengahannya, kerana kita akan mula rasa kelainan dalam movie Potter kali ini.
Movie ini bermula di mana kita ditinggalkan pada Part Two iaitu ketika Voldemort berjaya mendapatkan Elder Wand dari makam Dumbledore. Kemudian bermulalah kesinambungan pengembaraan trio hebat ini. Sekalipun movie ini hebat, ianya masih lagi tidak mampu melawan kehebatan bukunya, mana ada movie yang dapat tandingi asal adaptasinya kan? Ini kerana akan wujud juga persoalan dalam benak kita, bagaimana sesuatu yang mustahil itu, boleh menjadi sangat senang asal wujud kehadiran watak Harry Potter ini.
Harry dan Hermione cuba mendapatkan
mahkota Ravenclaw…
Namun sifat-sifat escapisme ini boleh dimaafkan dengan wujudnya beberapa kisah menarik atau twist yang membuatkan mereka yang tidak pernah baca buku Harry Potter, akan terkejut dan tergamam. Malah, kepada mereka yang pernah baca buku ketujuh Harry Potter juga akan berasa teruja dengan twist yang cuba dibawa berbanding buku.
Antara contoh perbezaan movie dan buku yang aku dapati menarik adalah ketika babak kematian Snape dan babak Neville membunuh ular Nagini. Bagi aku, untuk watak Snape, memang patut diberikan penghormatan terakhir kerana watak inilah antara yang menjadikan kisah Harry Potter sesuatu yang menarik. Kisah silam Snape yang ditunjukkan adalah babak yang paling menyentuh hati dan secara jujurnya, merupakan babak yang paling memukau diri aku dan begitu juga orang lain.
Movie kali ini akan menyingkap kisah silam
Severus Snape yang selama ini menjadi
tanda tanya kita.
Walaupun kita nampak yang Alan Rickman selama ini berjaya membawa watak Snape sebagai seorang yang sangat muram dan hitam, tetapi untuk movie kali ini, kita akan nampak Alan Rickman sebagai seorang pelakon yang sangat hebat. Ini kerana, secara rumusnya aku boleh katakan, kita boleh tengok Snape dalam sisi yang berbeza kali ini, atau, Snape sebagai Romeo sejati. Sampai kadang-kadang aku tertanya, kenapa Alan tak pernah dapat Oscar?
Watak Neville Longbottom kali ini benar-benar menonjol…
Begitu juga dengan Neville Longbottom, kalau 10 tahun dulu kita lihat watak ini seorang yang chubby, wimpy dan gabra, tetapi untuk movie kali ini, Neville diberikan tempat yang sangat istimewa. Kewibawaan watak ini menunjukkan yang bukan watak Harry sahaja yang boleh mencairkan hati peminat perempuan. Mathew Lewis juga berjaya membawa kewibawaan watak ini dengan bersahaja. Begitu juga dengan watak Luna Lovegood, Ginny Weasley dan Draco Malfoy yang merupakan penggerak cerita ini.
Setiap movie, perlu ada seorang sweetheart, untuk movie ini
ianya Ginny Weasley (Bonnie Wright).
Luna dengan akalnya yang penuh idea, Ginny yang sangat sweetheart dan Draco yang mencetuskan detik hati aku berkata bahawa watak sebegini memang wujud di dunia nyata.
Menarik untuk aku ceritakan tentang karakter keluarga Malfoy, pada awal francais, tidak dinafikan kita berasa menyampah dengan karakter-karakter ini. Tetapi pada pengakhirannya, wujud sedikit simpati terhadap watak Lucius, Draco dan Narcissa. Mungkin ini lah menariknya penceritaan Harry Potter, ianya acapkali menonjolkan bukan sekadar watak baik dan jahat, tetapi juga watak yang berada di pertengahan di mana watak-watak ini wujud dalam dunia kita yang nyata.
Selain dari watak-watak ini, banyak juga watak-watak lain yang di dalam movie ini, kita nampak kekuatan mereka. Watak ini termasuklah juga seperti Professor McGonagall, Professor Slughorn, dan oh ya, kesemua tenaga pengajar dari movie pertama akan berkumpul untuk movie terakhir ini. Di sebalik peperangan dan keganasan Death Eaters, wujud juga perasaan teruja dan sedih. Untuk movie yang terakhir ini, boleh dikatakan kesemua babak merupakan satu kenangan yang sukar untuk kita lupakan.
Kepada Harry Potter, walaupun ceritanya tidak sehebat Lord of The Rings ataupun Star Wars, tetapi cerita ini lebih bermakna kerana ianay sebuah cerita yang kita sentiasa terbawa-bawa ke mimpi pada zaman kanak-kanak. DAn ianya adalah cerita yang selama berbelas tahun kita hidup bersama sejak dari buku pertama diterbitkan hingga ke movie terakhir ditayangkan. Pengakhiran cerita tentang pengembaraan hidup budak lelaki sihir yang berkaca mata bulat ini amat memberi kesan kepada mereka yang membesar dengan cerita ini, termasuklah aku. Aku akan rindu budak ni.
My favorite quote – Of course it is happening inside your head, Harry, but why on earth should that mean that it is not real?” Professor Albus Dumbledore to Harry Potter.

Plot
Lakonan
Efek
Rating

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply