Projek High Council

Projek High Council

Projek High Council . PENGARAH: Anwari Asyraf, Zulaikha Zakaria LAKON LAYAR: Anwari Asyraf PELAKON: Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Azhar Sulaiman, Hasnol Rahmat, Sazzy Falak, Aida Aris, Edika Yusof GENRE: Drama, Aksi BAHASA: Bahasa Melayu (Malaysia)

Anwari Asyraf kembali dengan sebuah projek baharu untuk Astro Originals setelah berjaya dengan siri Projek: Anchor SPM yang aku rasakan adalah satu siri yang mampu mengejutkan aku dengan cerita dan penulisan yang sangat menarik.

Untuk Projek: High Council ini pula, ia masih berlatarkan kehidupan pelajar sekolah menengah, tapi kali ini fokus pada sekolah berasrama penuh lelaki, Kolej Ungku Deramat atau KUDRAT. KUDRAT tempat membina lelaki sejati, dan dalam pembinaan ini ada satu organisasi rahsia bernama High Council yang menjaga pelajar-pelajar KUDRAT dalam gelap.

Dalam High Council ini mempunyai seorang ketua bergelar Kapla

dan Kapla High Council dalam siri ini adalah Kahar (Amir Ahnaf) dari rumah Kasturi, seorang pelajar tingkatan 5. Muncul pula Fakhri (Mierul Aiman) yang baru masuk sekolah tersebut, seorang pelajar tingkatan 4 berumur 15 tahun, dan Fakhri bertemu pula dengan abangnya yang telah lama terpisah, Naim (Nadhir Nasar) yang juga tingkatan 4.

Fakhri dari rumah Kasturi, Naim pula dari rumah Tuah. Untuk melakukan apa sahaja di KUDRAT perlu lalu High Council terlebih dahulu. Dan ada sesi manifesto yang akan menjadi tempat pemilihan Kapla baharu. Fakhri dan Naim adalah antara yang menyertai manifesto tersebut. Namun kedua-duanya mempunyai matlamat berbeza dalam menyertai manifesto High Council.

Naim ingin memperbaiki sistem, manakalah Fakhri ingin menghapuskan sistem. Dalam siri ini ktia ditunjukkan dengan ideologi berbeza antara watak abang dan adik ini. Naim ditunjukkan sebagai seorang yang lemah lembut, berfikiran jauh dan matang serta sangat kalkulatif.

Fakhri pula seorang yang panas baran

segala keputusannya ditentukan dengan buku ruasnya sendiri. Apa sahaja yang disentuhnya akan musnah akibat panas barannya itu. Perbezaan ideologi antara dua beradik ini menjadi antara tunjang utama pergerakkan jalan cerita dalam siri ini yang berkembang sangat baik dari awal hingga ke penghujung siri.

Diantara mereka ini adalah Kahar yang berakal pendek dan menjadi punca reputasi High Council semakin tergugat kerana egonya yang tidak termakan dek kemunculan alpha baharu dalam bentuk seorang pelajar tingkatan 4 yang muda dua tahun darinya.

Dalam siri ini juga diceritakan peranan High Council ini yang juga berfungsi untuk mengelakkan malapetaka dari berlaku dikalangan pelajar-pelajar lelaki ini. Kisah tikus dan monyet dari Mr Sin memberikan sedikit gambaran tentang High Council dan KUDRAT.

Untuk siri ini, aku amat menyukai dan puji lakonan Mierul Aiman

sebagai Fakhri yang berjaya menunjukkan sisi brutal dan ketidakwarasannya yang mampu menimbulkan kegerunan dalam suasana babak. Mierul aku perhatikan sebagai seorang pelakon muda yang mempunyai bakat besar. Perlu mendapatkan watak-watak yang lebih prominen pada masa akan datang. Begitu juga Nadhir Nasar yang sebelum ini membuktikan kebolehan lakonannya dalam siri Projek: Anchor SPM dan i-Tanggang. Walaupun pada awal siri lakonannya agak dikaburi oleh para pelakon muda lain. Namun pada penghujungnya beliau telah memberikan satu persembahan lakonan yang sangat memberangsangkan.

Begitu juga pada Amir Ahnaf, Naim Daniel, Satisvharan, Yusof Hashim, Fadhli Masoot. Ramai lagi pelakon-pelakon muda lain yang berjaya mengangkat drama tentang remaja ini ke satu aras yang sangat tinggi. Dari segi perjalanan ceritanya pula ia memberikan satu intensiti kepada penonton. Dalam menantikan konflik yang terjadi di dalam KUDRAT. Antara keluarga Fakhri dan Naim serta beberapa lagi backstory lain. Ini terutama pada watak Amer dan Prakash yang turut menjadi subplot penting untuk siri ini.

Penonton akan diberikan satu klimaks yang hebat pada episod 8 dan 9 serta disenangkan dengan penamat yang agak skema. Tapi masih bertepatan sebagai konklusi untuk segala konflik yang terjadi pada watak-watak dalam siri ini. Tiada apa lagi yang aku boleh katakan tentang siri ini. Melainkan ia merupakan sebuah siri lokal yang sering aku tunggu-tunggu setiap minggu. Menjadikannya sebagai antara siri lokal terbaik yang aku pernah tonton setakat ini. Projek High Council boleh ditonton di Astro Go atau Astro Ultra Box.

projek high council

PROJEK HIGH COUNCIL (2023)

Aku ni awalnya tak berminat pun. Tapi ada la sorang member aku ni cakap “Eh kau cuba la tengok PHC tu. Mesti kau rasa nak kembali ke 20 tahun yang lalu..”

1. Eh jap, dia ingat aku ni tua sangat ke apa ? Eskius me.. Pastu takpelah aku cuba tengok episod satu. Hmmm. Betul lah cakap makcik horni tu.

2. Terus aku terimbau masa zaman aku pergi sekolah pakai minyak wangi Izzi dan bedak Silkygirl. Tak padan dengan muka macam tepung talam basi, ada hati tu nak usha abang Form 5..

3. Abang senior pulak elok-elok belaka macam si Kahar tu. Waktu hari kantin kasi hadiah sebagai secret admire. Ah macam sial pulak bila ingat balik.

4. Ok cerita ni rasanya semua orang dah tahu kot mengenai apa.

5. High Council merujuk kepada pertubuhan haram pelajar asrama di Kolej Ungku Deramat (Kudrat). High Council juga memeras duit yuran daripada pelajar sebagai lesen untuk mereka bebas melanggar undang-undang dalam Kudrat.

6. Ketua atau Kapla High Council pula dipilih melalui sesi manifesto yakni perlawanan one by one antara wakil bilik asrama. Senang cakap, yang paling kuat akan jadi Kapla untuk tahun tersebut dan boleh buat sesuka hati.

7. Projek High Council pula merujuk kepada misi Fakhri (mail 2singgit) untuk musnahkan High Council ni. Tapi tiada cara yang lebih mudah untuk meranapkan sesuatu, melainkan dari dalam. Jadi Fakhri perlu bergelumang jugak dalam kancah gasak-menggasak ni.

8. Namun begitu Fakhri juga mempunyai konflik dalaman nya sendiri iaitu krisis keluarga. Fakhri dan Naim merupakan adik beradik yang terpisah gara-gara penceraian ibu bapa mereka.

9. Dijadikan cerita, Fakhri dan Naim bertembung dalam Kudrat. Maka cerita ini berjalan dengan Fakhri menjadi titik tengah konflik yakni dengan High Council dan dengan Naim.

10. Ulasan aku ? Drama ni dikira cemerlang la. Sebab untuk awal tahun 2023 cuma dua je drama aku tengok dengan penuh minat. The Glory (Netflix) dan PHC. Ni dikira satu pencapaian yang boleh dibanggakan !

11. Bukan mudah untuk sesuatu drama mencangkuk minat penonton untuk setia sampai episod akhir. Episod satu main peranan yang sangat penting. Tahniah penulis dan pengarah. projek high council.

12. Permulaan PHC sangat menyeronokkan terutamanya episod Kem Bulan Madu yang mengandungi unsur seram dan kelakar. Naim Daniel sebagai Ayam betul-betul show stealer dalam siri ni.

13. Namun begitu PHC juga tak terlepas daripada kekurangan. Rasanya dah ramai yang point out kekurangan cerita ni contohnya Mia Si Makcik Kantin, kekurangan guru, warden yang tak kompeten dan sebagainya. Ye aku setuju, tapi ianya tak mengganggu sangat pun bagi aku.

14. Cuma aku nak cakap sikit pasal Firdaus Ismet yakni ayah kepada Fakhri dan Naim. Si ayah ni seringkali dituduh pondan tapi aku tak nampak apa yang pondan nye. Setakat jalan lembut dan cakap lembut gitu tak cukup kuat sampai nak dijadikan modal anak-anak malu dengan bapak sendiri.

15. Ayahnya menganggur ketika krisis ekonomi dunia itu sangat logik dah. Tapi aku tak dapat rasa kat mana pondannya ayah dia ni. Dia kerja mak andam ke caner? Takde tingkahlaku yang menguatkan sisi pondanism beliau. Isu ni agak mengganggu sebab kau akan nampak perasaan Fakhri dan Naim tu macam mengada-ngada.

16. Satu lagi yang aku agak kecewa dia punya penutup. Malang sekali pengakhirannya tak cukup dark dan klimaks bagi aku. Berkemungkinan besar ada kaitan jugak dengan syarat pihak penerbitan kot. Nak yang murni-murni aje.

17. Dari awal kau dihidangkan dengan sepak terajang, carut-marut, pastu hisap rokok macam makan kacang nganyin je dibuatnye. Selamba badak je. Bergasak dalam lumpur dah macam wwe. Tiba-tiba dapat ending ‘disney’.

18. Kau rase ??

19. Kalau pengarah ada alternate ending boleh kongsi dengan saya, saya janji lepas tengok saya delete.

20. Gurau3. Ok je endingnya tu. Cuma mungkin aku dah selesa dengan cerita ni yang agak dark dari mula sehingga aku menjangkakan penamatnya mesti pesta kematian !

21. Dah tu berbaloi ke tak ni labur masa layan 10 episod ? Baloi la jugak. Production value pun nampak nice. Lepas ni kalau ada lagi yang tanya “drama malaysia takde ke yang kualiti cantik sikit?”, meh aku seligi dahi dia. Dah ada banyak lah. Kat Viu pun dah berlambak.

22. Semat ohh babak bertumbuk dia. Nampak real dan tak kekok. Aku masa pertama kali tengok lawan tu macam uishh biar betul. Ni drama ke filem ni. Dah la bukak baju. Eh

23. Lega pulak rasa kita dah ada pelapis pelakon yang berbakat. Boleh berlakon air mata dan aksi juga. Aku harap Kahar, Fakhri dan Naim tolong lah jangan terjebak dengan drama pukul 7.

24. Rusak korang nanti !

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply