Pelakon Utama Keluang Man

pelakon utama keluang man

Pelakon Utama Keluang Man ? Keluang Man sudah berusia 25 tahun sejak ia pertama kali muncul pada tahun 1998. Mimpi anak-anak 90-an dari animasi menjadi filem. Beratus orang menghantar video bakat.

Mimpi anak-anak 90-an dari animasi menjadi filem.

Ia mencapai 20,000,000 tontonan di TikTok dan 8,000,000 tontonan di YouTube. Watak hero, dilakonkan oleh Nas Muammar Zar. Hari ini barisan pelakon utama diperkenalkan kepada semua di sidang media. Tiong Man, tak ada pula.

Tiga tahap uji bakat dilakukan ke atas mereka yang memohon. Bermula dengan tawaran terbuka, 300 orang menyahut. Calon-calon terakhir diuji lakonan berdasarkan babak dalam filem #keluangman

KELUANG MAN THE MOVIE

Disebabkan ramai yg dah bagi pendapat , so aku pun just nk share pendapat/imaginasi aku pasal watak yg sesuai utk keluang man & tiong man ni…pada aku utk pergi ke ‘Big Screen’ utk filem superhero ni , aku lebih memilih pelakon yg sebenar benarnya pelakon sebagai watak utama…

mesti ada yg akan persoalkan “Keluang man kene tinggi kurus , Tiong man pendek” hmmm…Wolverine tu dilakonkan oleh Hugh Jackman gaisss pilihan aku lebih kepada pelakon fizikal sedang2 , so bila pakai suit & di’pair’ kan bersama maybe akan nampak ‘cantik’ dalam gambar…dan aku dpt rasakan 2 org pelakon pilihan aku ni maybe ada keserasian yg baik kalau diganding bersama sbb dua2 sgt berbakat…

QUE HAIDAR sebagai KELUANG MAN. *macam2 watak dia pernah pegang…kelakar , serius , sedih , gila2, action semua boleh… VERSATIL . FIMIE DON sebagai TIONG MAN. *pelakon yg berbakat pada pandangan aku , mana tak nya dh berlakon sejak budak kecik lagi mamat ni…dia bagi aku vibes Tom Holland gitu , sikit la…

Pencarian pelakon utama

untuk menghidupkan watak Keluang Man dalam filem adiwira “Keluang Man” versi ‘live action’ kini dilanjutkan hingga 28 Ogos 2023. Pelakon berbakat besar, Amerul Affendi turut menyatakan hasrat ingin mencuba nasib dalam sesi uji bakat filem tersebut.

Amerul bagaimanapun meletakkan syarat sebelum menyertai uji bakat itu, iaitu memperolehi 1 juta tanda suka di Instagram dan TikTok, serta 1 juta ‘repost’ di Twitter. Jadi kepada semua peminat, jom ramai-ramai ‘like’ dan ‘repost’ perkongsian Amerul Affendi!

Sah! Samsir adalah watak villain dalam Keluang Man Zero

Watak villain dalam Keluang Man Zero kini telahpun didedahkan oleh pengarah filem ini, Rizal Halim. Watak villain tersebut ialah Samsir, musuh utama Borhan ketika berlawan dalam pertandingan silat. Samsir juga adalah punca utama Borhan cedera parah dan hilang ingatan.

Pelakon Daeng Amer Omar akan menjayakan watak Samsir. Adakah ada lagi watak villain yang lain dalam filem ini? Kita nantikan update filem ini di masa akan datang. Sumber: Rizal Halim.

Ini susunan pelakon cadangan dari saya untuk keluangman

ramai orang nak kan sangat keluangman ni berkonsep serius, tapi mereka tak tahu cerita ni mmg serius! yang tak seriusnya cuma dua watak utama dia je, Keluangman & Tiongman mereka merupakan superhero gila/masuk air mmg ada vibe Deadpool,

semua penjahat dia serius tapi tak boleh tahan dengan kehandalan keluangman dalam berlawan sebab dia (keluangman) merupakan ahli silat yang hilang ingatan, kepala dia ke pukul jadi dia lupa asal diri & jadi 3suku.

Jadi kalau nak jdikan cerita ni serius bagi saya baik ambil cerita Duwi (hasil karyawan yang sama juga Dato Kamn Ismail) cerita dia berkonsepkan sains fiksyen, ada campuran starwars, back to the future dengan elements nusantara.

Duwi ni cerita yang dah siap tapi tidak ditayangkan & merupakan karya terakhir Dato Kamn, sy cerita sebab sy terlibat dalam pembikinan siri duwi. Dan berharap sangat supaya dapat ditayangkan kepada umum, ending dia mmg R rate.

WATAK FILEM : KAMAROOL HJ. YUSOF SEBAGAI “TOK MOH” DALAM KELUANG MAN

Sekarang ini, viral mengenai pihak Astro Shaw sedang mencari bakat baru, untuk memegang watak utama dalam filem Keluang Man.

Beberapa syarat diberikan, selain berumur 21 sehingga 40 dan fasih berbahasa Melayu. Berbadan tegap menjadi syarat utama. Apatah lagi jika handal bersilat, ia menjadi bonus yang besar kepada bakat baru itu.

Namun… Brader ada cadangan pelakon untuk watak Tok Moh dalam filem ini nanti. Kerana watak Tok Moh, adalah antara musuh Keluang Man yang terhandal. Susuk tubuh yang paling sesuai adalah Kamarool Hj. Yusof.

Selain beliau adalah aktor yang berasal dari Kelantan, yang susuai dengan watak Tok Moh yang “berkecek Kelate”. Kamarool Hj. Yusof pernah popular sebagai Chomprak yang merupan seorang bomoh yang handal.

Kamarool Hj. Yusof juga merupakan seorang yang kelakar, dilihat sangat sesuai untuk memegang watak Tok Moh ini. “Menate mung Keluang Mea….!!!” #WatakFilemBraderFilem

SANTAI FILEM : JIKA MEREKA KELUANG MAN & TIONG MAN

Filem Keluang Man versi live action semakin menjadi perbualan di kalangan netizen, selepas pihak Astro Shaw mendapat kebenaran untuk membikinnya. Ramai dari kalangan peminat, mencalonkan pelakon kegemaran mereka bagi memegang karakter utama superhero ini.

Sebahagian peminat, mahukan versi aksi komedi, supaya bertetapan dengan siri animasinya. Manakala sebahagiannya pula mahukan versi lebih dark, supaya live action yang bakal diterbitkan, akan lebih berkualiti.

Jika versi aksi komedi, adakah sesuai Mamat Sepah dan Amir Raja Lawak yang memainkan watak utamanya…??? Apa komen korang…??? #SantaiFilemBraderFilem.

INSPEKTOR SAHAB

merupakan salah satu watak penting dalam siri animasi Keluang man. Beliau sangat tidak menyukai Keluang Man, kerana kerap menganggu tugas polis bagi membenteras jenayah. Mungkin juga, beliau cemburu dengan Keluang Man yang dianggap hero oleh masyarakat, sehingga mengatasi pihak polis.

Karakteri ini, watak yang serius tetapi bernada komedi. Sebelum ini, brader pernah mencalonkan tiga calon aktor yang sesuai, bagi memegang watak Inspektor Sahab dalam filem Keluang Man. Namun, setelah mendapat pelbagai feedback daripada followers di ruangan komen.

Brader sangat bersetuju jika watak ini dimainkan oleh pelakon utama filem WALID, iaitu Megat Sharizal. Kerana beliau mempunyai ciri² yang agak dekat dengan Inspektor Sahab. Jom tonton filem WALID di pawagam berdekatan anda…!!! pelakon utama keluang man.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply