Aziz Sattar Pelawak Tulen ?

aziz sattar pelawak tulen

Aziz Sattar Pelawak Tulen ? Semalam tular seorang pelawak wanita dari Singapura memperlekehkan Malaysia dan mempersendakan tragedi MH370 yang pernah melanda negara satu ketika dahulu.

Pada saya pengisian lawak begini sangat tidak patut dan langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti serta bertentangan dengan nilai ketimuran negara asia.

Pada saya Stand Up Comedy yang bagus tidak perlu menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan negara. Mari kita memandang semula ke belakang dan tidak perlu pergi terlalu jauh untuk melihat bagaimana seorang comedian legenda yang pernah wujud dalam industri komidi dalam negara.

Aziz Sattar ialah Malaysia’s most beloved comedian.

Beliau dilahirkan di Surabaya, Indonesia, kemudian mencari rezeki dan bermastautin di Singapura seterusnya menjadi warganegara Malaysia. Beliau mula menghiburkan orang ramai sejak beliau berusia 9, dan belum sekali dalam persembahan lawak jenakanya beliau menyentuh nilai sensitiviti yang boleh menggugat semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa.

Sebelum memasuki bidang perfileman, Aziz Sattar aktif di pertunjukan pentas. Ketika itulah beliau mengenali seorang pelawak pentas yang terkenal iaitu Aziz King Godobell.

Aziz King Godobell sangat tertarik dengan keperibadian dan lawak jenaka yang dipersembahkan oleh Aziz Sattar. Selepas itu, beliau sering mempelawa Aziz Sattar untuk mengadakan persembahan bersama di majlis-majlis keraian di seluruh Singapura.

Selain berlakon filem, Aziz Sattar sering diundang untuk membuat persembahan pentas di seluruh pelusuk tanah air. Tidak kurang dengan itu beliau juga kerap kali melakukan persembahan pentas di fun fair dan majlis-majlis yang dihadiri oleh kenamaan.

Bagi Aziz Sattar, pelawak pentas tak perlu pakai macam badut untuk buat orang ketawa. Pakai smart pun boleh, yang penting adalah pengisian bahan lawak tersebut.

Itulah sedikit sebanyak pesanan dan falsafah Aziz Sattar dalam membuat ‘stand-up comedy’. Tak perlu try hard dalam membuat lawak jenaka, paling penting kita tahu bagaimana menjaga batas tanpa menyentuh sensitiviti. Titipan doa dan Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Aziz Sattar. Aziz Sattar Pelawak Tulen ?

ALLAHYARHAM DATUK AZIZ SATTAR DALAM KENANGAN

Dalam kenangan, hari ini tanggal 06 Mei 2023 genap 9 tahun pemergian Seniman Legenda Allahyarham Datuk Aziz Sattar ke Rahmatullah. Allahyarham Pak Ajis meninggal dunia pada tanggal 06 Mei 2014 pada usia 89 tahun kerana serangan jantung. Ketika hayatnya Allahyarham Pak Ajis merupakan Seniman yang multi-talented dan cukup terkenal sebagai pelakon, pelawak, penyanyi, penulis skrip, pengarah dan penerbit filem yang cukup disegani.

Beliau juga antara Seniman yang rapat dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan sering mendapat tawaran berlakon filem² di bawah arahan Seniman Agung itu terutamanya filem² berunsur komedi seperti siri filem Bujang Lapok. Pada tahun 1982 Allahyarham Pak Ajis pernah menjadi Penerbit Eksekutif untuk satu²nya filem lakonan Penghibur Legenda Sudirman iaitu filem KAMI yang diterbitkan oleh Zain dan Zaharan dan diedarkan oleh Indra Filem Productions & Distributions Sdn. Bhd. arahan Sutradara Patrick Yeoh.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Al-Fatihah. Aziz Sattar Pelawak Tulen ?

Trivia filem P.Ramlee dari Almarhum Datuk Aziz Sattar sendiri;

“Saya bukan ada part dalam Labu Labi. Saya tengah makan tengah hari,tiba-tiba P.Ramlee datang. Ajis,lu balik rumah,ambik baju kot. Ada fashion show ni. Lu buatlah apa lu nak buat!” ”P.Ramlee memang sengaja buat Musang Berjanggut dan Nujum Pak Belalang untuk buka mata ‘raja-raja’ Melayu ketika itu.”

”P.Ramlee buat Semerah Padi supaya orang Melayu bersatu-padu. Lu parti apa,gua parti apa pun tak apa. Asalkan orang Melayu bersatu. Itu yang ada dialog ”Biar buruk daging kumamah,asalkan kau terhindar cemar.” Mengenang 6 tahun pemergian abadi Almarhum Datuk Aziz Sattar. Almarhum pernah berkunjung ke rumah kami pada tahun 2011.

Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar

Datuk Abdul Aziz Sattar (8 Ogos 1925 – 6 Mei 2014) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia di zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura. Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya. Aziz dilahirkan di Pakalongan, Kabupaten Gresik, Jawa Timur Indonesia pada 8 Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.

Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal – Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.

Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman pendudukan Jepun di Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak RM150.

Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun kerana dituduh mencuri.

Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.

Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70 sebulan. Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna, diikuti siri Bujang Lapok dan Aksi Kuching.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan Panca Sitara versi 1990-an,

bersama Datuk Ahmad Daud, Normadiah, Aziz Jaafar dan Nasir P. Ramlee. Pak Aziz pernah empat kali berkahwin. Tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan. Iaitu bersama Siti Rumiah Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat – bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit. Anak-anak beliau ialah : Ruzaiman, Ruzaidah, Ruzainah, Zainuddin, Dahlia, Dalina dan Sandakiah.

Pada 16 Disember 2006, Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan Datin Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.

Aziz Sattar mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Mei 2014. Kira-kira jam 2.00 pagi di Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat sakit tua pada usia 88 tahun.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply