Zarina Anjoulie Materialistik ?

Zarina Anjoulie Materialistik

Zarina Anjoulie Materialistik ? Zarina Anjoulie mengaku suka keluar dengan lelaki berduit. Pelakon Zarina Anjoulie menjawab desas-desus yang mengatakan dia sudah kembali bersama dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Zarina atau lebih mesra disapa Anju seakan memberi bayangan mereka sudah berbaik. Kata Anju, 35, dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Cerita pasal saya dan Datuk berbaik balik.. Kami memang menuju ke arah itu tapi jodoh di tangan Allah. At this point I’m just going where my life takes me.

Pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul juga mengakui penyebab dia ‘rujuk’ dengan bekas tunang adalah disebabkan status kewangan yang kukuh.

Bagaimanapun, Anju hormat dengan pendirian golongan wanita yang sanggup hidup susah dengan pasangan.

Adakah saya berbalik pada dia pasal poket dia tebal (kaya)? Ya memang saya nak keluar dengan lelaki poket tebal. Lantak kau la nak lelaki miskin, itu terpulang kepada awak. Saya suka keluar dengan lelaki berduit.

Terdahulu pasangan ini pernah bertunang dan berkongsi di media sosial pada 22 Januari lalu.

Bagaimanapun ia tidak bertahan lama apabila Zarina mengumumkan putus tunang selepas dua minggu mengikat tali pertunangan. Sumber: Instagram. Zarina Anjoulie mengaku suka keluar dengan lelaki berduit

Tunang Zarina Anjoulie mahu teruskan persahabatan

Kuala Lumpur: Tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie Lavocah, Datuk Seri Khazrul Elzey akhirnya menjawab teka teki mengenai pergolakan yang berlaku dalam hubungan cinta mereka.

Menerusi hantaran di TikTok Story, Khazrul menulis luahan bahawa dia bukanlah orang yang baik seperti diimpikan Zarina dan berharap akan terus bersahabat.

“Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan.

“Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik,” tulisnya.

Dalam hantaran yang turut disertakan dengan gambar-gambar kenangan ketika bersama, Khazrul turut meluahkan rasa kasih dan sayangnya kepada Zarina.

“Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you (saya sayang kamu), mama,” tulisnya.

Zarina bagaimanapun tidak memuat naik sebarang hantaran berkaitan perkara ini di Instagramnya.

Rasa terlalu gemuk, Zarina Anjoulie buat prosedur sedut lemak

Kuala Lumpur: Pelakon, Zarina Anjoulie Lavocah membuat keputusan untuk melakukan prosedur ‘liposuction’ atau sedut lemak selepas melihat bentuk badannya yang dirasakan terlalu besar ketika menonton semula filem terbaru lakonannya iaitu Hantu Kuat Ketawa.

Zarina Anjoulie atau mesra disapa Anju ketika ditemui di sidang media pelancaran filem Hantu Kuat Ketawa, hari ini berkata, keputusan itu diambil untuk kebaikan dirinya sebagai individu dalam menjaga bentuk badan dan kesihatan.

“Sebenarnya, ketika penggambaran filem itu berlangsung, saya rasa penat kerana badan saya agak gemuk ketika itu.

“Saya tengok semula lakonan saya dalam monitor dan saya lihat bentuk badan saya terlalu gemuk. Jadi, baru-baru ini saya buat keputusan untuk menjalani prosedur sedut lemak,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Anju, ini adalah kali kedua dia menjalani prosedur itu dan ia hanya dilakukan di beberapa bahagian badan yang perlu saja.

“Ini adalah kali kedua dan semuanya ditaja. Kali pertama saya melakukan prosedur ini tahun lalu. Saya buat di beberapa bahagian tertentu di badan saya antaranya perut dan lengan. Kesannya memang dapat dilihat lebih-lebih lagi bentuk muka saya yang kini menyusut,” katanya.

Badan Naik Mendadak

Ditanya mengenai punca bentuk badannya naik mendadak, Anju berkata, sebelum ini dia kurang memberi perhatian kepada penjagaan makanan terutama selepas berumah tangga.

“Ketika saya berkahwin, saya ada teman untuk makan. Jadi, bila keluar berjalan akan makan. Selepas bercerai, saya nekad untuk tidak menjadi seperti sebelum ini.

“Sekarang, saya cuba kawal pemakanan saya semula dan ada mengambil makanan tambahan untuk kesihatan (supplement),” katanya.

Anju berkata, berat badannya pernah mencecah 98 kilogram (kg) selepas melahirkan anak dan kini dia menikmati berat badan 67 kg.

Selain Anju, turut berlakon dalam filem komedi seram Hantu Kuat Ketawa ialah Saiful Apek, Along Cham dan Syanie Hisham.

Hantu Kuat Ketawa akan mula ditayangkan di platform Astro First bermula 27 Januari ini. Zarina Anjoulie Materialistik ?

Zarina Anjoulie Masih Bertudung, Dakwa Itu Gambar Lama

Baru-baru ini, kecoh mengenai gambar pelakon Zarina Anjoulie yang tidak bertudung dan berpakaian jarang, berpelukan bersama penyanyi Ismail Izzani di kelab.

Susulan itu, penyanyi Ismail Izzani melalui pengurusnya memohon maaf dan turut merasa kesal dengan apa yang terjadi. Bagaimanapun, Zarina tampil menegaskan dia masih lagi bertudung dan mendakwa itu adalah gambar lama yang sengaja dimuat naik oleh Fathia Latiff untuk ‘membahan’ dirinya.

“Saya dan Fathia memang berkawan rapat sejak dahulu dan orang tak faham tentang hubungan kami. Kena ‘bahan’ dalam IG tu perkara biasalah sebab dia pun buat benda yang sama sampaikan mengeluarkan semula gambar saya tak bertudung.

“Orang terus anggap saya nak buka tudung dan sebagainya pada hal itu adalah cara kami bergurau dan bersahabat. Sebab itu kalau tak kenal kami berdua tak payah nak komen lebih sangat,” katanya kepada Utusan Online

Gambar tular itu dimuat naik oleh Fathia pada 31 Ogos lalu dan ada netizen mendakwa ia diambil di sebuah kelab pada malam ambang sambutan kemerdekaan. Ada yang berpendapat, jika ianya gambar lama, Ismail Izzani yang berusia 18 tahun pasti dibawah umur dan tidak dibenarkan masuk ke pusat hiburan.

Menurut Zarina lagi, ianya bukan isu yang harus diperbesarkan. Katanya, ada yang mungkin salah faham dan ada pula yang sengaja mencari salah untuk memperlihatkan keburukan dirinya.

Setakat ini, Ismail Izzani tidak dapat dihubungi untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu dengan pihak media.-Zarina Anjoulie Materialistik ?

ZARINA ANJOULIE VERSI LELAKI

Zarina Anjoulie tu kita fahamlah dia artis sendu dan berpendidikan rendah. Kau ni ada PhD dan gelaran Datuk. tetapi perangai 2×5 atau lebih teruk daripada Zarina Anjoulie tu. Apa guna Atuk ada PhD tetapi tak boleh berfikir dengan betul? Buat malu pemegang PhD je.

Atuk tak perlu acah-acah mulia nak serang atau burukkan KKM. Lupa ke dulu siapa yang pernah menipu? Ajar penjual menipu guna iklan dan testimoni overclaim? Siap cuba menipu guna Amy Search lagi.

Cakap je la tak puas hati dengan KKM sebab KKM buat kerja dan rasa perniagaan tak betul yang dimiliki tu terancam. Produk berasaskan penyelidikan tetapi penyelidikan tak cukup lengkap untuk dijadikan bukti. Sebab tu Triple Tahi sekadar masuk dalam kategori produk tradisional sahaja kan?

Sekarang keluarkan produk minda pula. Harap mak pak semua tak tertipu la dengan produk tersebut. Founder penipu begini patut diboikot sahaja. Mengalahkan artis sendu. Memang layak dipanggil Zarina Anjoulie versi lelaki.

Share post ini tanda solidariti bersama anggota KKM atau penjawat awam yang menentang tetapi ditekan oleh founder produk merapu! Zarina Anjoulie Materialistik?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply