Wish You Were Here (2012) – Ulasan Filem


Dave (Joel Edgerton) dan isterinya Alice (Felicity Price) bercuti ke Kemboja bersama adik Alice, Steph (Teressa Palmer) dan kekasihnya Jeremy (Antony Starr). Ketika mereka sedang seronok berparti di pantai, Jeremy telah menghilangkan diri tanpa dapat dikesan. Mereka bertiga pulang ke rumah mereka di Australia dan cuba merungkai misteri kehilangan Jeremy.

Filem ini sangat ‘slowburn’ penceritaan plotnya. Apa yang menarik, ianya tidak terus memberitahu apa yang berlaku. Tetapi memberi klu-klu tentang untuk setiap misteri. Secara luarannya, filem ini tidak menunjukkan sangat sisi misteri itu, ianya nampak seolah sebuah filem drama. Tetapi semakin plot bergerak, semakin terungkai sedikit demi sedikit perkara yang terjadi.
Misteri kehilangan Jeremy walaupun satu plot tunjang untuk filem ini, tapi sub-plot tentang kisah rumah tangga Dave dan Alice yang mewarnai keseluruhan filem. Di sini kita dipersembahkan dengan watak Dave yang merupakan satu watak yang negatif. Watak Alice pula ditunjukkan sebagai seorang yang positif. Dan bagaimana mereka cuba menyelesaikan konflik rumah tangga mereka disamping cuba merungkaikan misteri kehilangan Jeremy.
Jujur cakap, aku sedikit rasa bosan ketika menonton filem ini kerana jalan ceritanya yang sangat perlahan. Pergerakan plot juga agak sukar difahami dengan penggunaan babak imbas kembali yang bersimpul dengan ‘present time’ dalam filem. Walaupun ianya sebuah filem ‘mimpi ngeri di negeri orang’, tapi ianya ditunjukkan dengan sangat ‘vanilla flavor’. Tiada apa yang ‘disturbing’ walaupun kehilangan Jeremy itu sebenarnya sesuatu yang menggerunkan.
Kesemua pelakon dalam filem ini memberikan persembahan yang cukup bagus. Antony Starr sendiri walaupun hanya muncul dalam babak-babak imbas kembali, tetapi kehadiran wataknya memberi kesan juga kepada jalan cerita. Joel Edgerton juga tidak boleh dinafikan lagi lakonannya serta Felicity Price yang membawakan watak dengan cukup baik.
“I’d have to think about it. You can go anywhere you want. You can have anything your heart desires. But you can never leave. You’re gonna have to stay there forever.”
Rating Peribadi: 3/5

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply