Tipikal Aksi Komikal. *sebuah reviu The Losers

Kalau nak diikut, pengadaptasian gaya aksi dalam movie ini tak de beza sangat dengan movie-movie aksi yang lain kerana masih lagi diwujudkan untuk membuatkan penonton rasa teruja. Malah sebaik menonton movie ini, aku masih lagi melekat dengan kelainan aksi yang ditunjukkan dalam movie Wanted.

Tetapi movie ini telah diselamatkan dengan jalan cerita yang boleh dikatakan juga sebagai selamat. Mungkin sebab ianya adalah adaptasi dari komik, jadi jalan cerita yang dipertontonkan tidak boleh dipertikaikan lagi. Cuma apa yang menarik bagi aku untuk ketengahkan disini adalah tentang apresiasi watak yang cuba disampaikan.

Entah kenapa, aku melihat watak-watak dalam movie ini dihasilkan seakan parodi untuk menyindir watak-watak dalam movie aksi yang lain. Terutama pada watak antagonis, dalam sesebuah movie bercorak aksi atau superhero atau mercenary people, watak sebegini amat penting. Dan karakter untuk watak antagonis sudah semestinya yang palin kreatif ditonjolkan. Sama lah seperti movie ini juga.

Aku tidak nampak perwatakkan yang dominan pada watak-watak dalam movie ini. Seperti watak antagonisnya iaitu Max yang dilakon oleh Jason Patric, nampak seperti ia ingin meniru watak-watak antagonis movie aksi yang lain. Ingin menjadi seorang antagonis yang bersifat tenang dan sarkastik tetapi dalam pada waktu yang sama sangat kejam. Ah, sangat klise. Dan percubaan Robert untuk menonjolkan watak sebegini tidak menarik langsung.

Secara tak langsung, sebenarnya aku lebih menyukai watak Aisha oleh Zoe Saldana yang dilihat cukup cemerlang. Zoe yang pernah melakonkan watak makhluk Na’Vi, Neytiri dalam movie Avatar dilihat cukup menghayati watak untuk menjadi wanita yang cekal, ganas, sedih dan seksi. Semua ini dibawa dengan cukup rasa tanpa perlu menokok tambah emosi yang berlebihan. Malah aku dapat melihat Zoe seperti overshadow watak Clay yang dimainkan oleh Jeffrey Dean Morgan yang juga merupakan watak utama.

Dalam penghasilan sebuah movie aksi, kita dapat melihat elemen sama yang diterapkan, iaitu hero, penjahat, misi hero, misi penjahat, belot membelot kawan dan halangan dari sesuatu yang cukup besar. Sebagai sebuah movie aksi, movie The Losers ini boleh dikatakan berjaya kerana menerapkan kesemua elemen wajib ini. Dan ya, aku tertarik dengan senjata dari pihak musuh untuk menggugat keamanan dunia, iaitu The Snukes dimana senjata bom ini mampu menghancurkan sebuah pulau tanpa kesan kepada alam persekitaran.

Walaubagaimanapun, movie ini terhibur juga jika ditonton, kerana kita akan melihat sekelompok kawan, Clay, Roque (Idris Elba), Pooch (Columbus Short), Cougar (Oscar Jaenada) dan Jensen (Chris Evans). Dan kebolehan mereka dalam kombat juga lah yang menjadi nadi penggerak cerita, kerana mereka ini lah The Losers.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply