Suami Fatin Afeefa Berang ?

suami fatin afeefa berang

Suami Fatin Afeefa berang kutuk media Malaysia. Suami kepada Fatin Afeefa, Aliff Awang tampil meluahkan perasaan bengang dalam beberapa hantaran di Instagram Story miliknya.

Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai itu pada mulanya telah membuka ‘kaunter’ permohonan maaf buat mereka yang ingin memohon maaf kepadanya.

“Kaunter maaf dibuka sekarang. Sertakan nama penuh & IC untuk saya ampunkan dosa fitnah dan cacian” tulisnya.

Malah, Opai ada menulis panjang lebar mengenai media Malaysia yang didakwa busuk hati dan ‘bitter’ terhadap dirinya dan isteri kerana tidak memberi kerjasama untuk membuat liputan pada hari pernikahannya tempoh hari.

Media Malaysia masih ‘bitter’ sehingga ke hari ini disebabkan oleh perkara tertentu. Mereka marah kerana saya tidak bagi kerjasama untuk membuat liputan mengenai hari perkahwinan saya.

Opai juga mendakwa media tempatan telah menjadi punca keretakan rumah tangga, menjahanamkan perniagaan, mengeksploitasi orang yang tidak bersalah serta membahagikan hubungan antara kaum.

Dia dilihat tegas menyatakan bahawa media adalah virus kepada masyarakat. Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia.

[Repost] SCRUT OPAI (ALIFF AWANG) – SUAMI ARTIS, FATIN AFEEFA!

Semalam ada orang minta Uncle SCRUT si budak forex, Opai. Dia kasitau, “Uncle, tolong SCRUT mamat forex ni. Hina gang H, Uncle. Dia kata H najis. So, kalau kereta McLaren tu atau plate no QPA1 bukan atas nama dia. Dia memang super najis!”

Demi kawan-kawan H, Uncle turn on SCRUT ANALytica untuk trace owner QPA1. Dapatan daripada sistem SCRUT, ianya bukan milik Opai, tetapi milik Revenue Scope Sdn. Bhd. yang tidak dimiliki pun oleh individu bernama Aliff Awang.

Maka sahlah si Opai tu hanya pinjam nombor plate orang atau drama saja untuk tunjuk kaya. Cuba kalian tanya dia. QPA1 tu memang nombor dia ke? Kalau bukan, memang najislah! Kan?

Uncle cuba trace kereta McLaren tersebut menggunakan SCRUT ANALytica sekali lagi. Uncle menemui yang kereta McLaren itu dimiliki oleh individu bernama Abd Hafiz bin Ab Wasa.

Aik? Dia ni berniaga apa ya? Ke ada kena mengena dengan forex? Jadi IB forex? Jadi LP? Sambung bayar ke? Ke nak lari cukai? Pakai lembu?

Tak steady-lah Opai kalau kereta bukan nama sendiri. Kalau zaman Uncle ni, kami panggil gang camni sebagai mughallazoh! So, adakah Opai juga mughallazoh? Macam tak mungkin, dia kan kahwin dengan artis. Takkanlah artis nak kahwin dengan mughallazoh. Kan?

Sekadar bersembang isu semasa.

Baru ni suami fateen afifa OPAINAJIS buat video menghina pemilik kereta lain tu najis, bukan sportcar macam kereta dia. Dia la terpaling hebat dalam dunia ni.

Tak sangka fatin afeefa buat video balas secara terbuka, yela even dia isteri pun dia meluat jugak kot dapat suami macam tu sebab fateen sendiri takde kereta sport dan kebetulan pakai AMG which is opai mention tu pun kereta najis tak layak bergaul dengan team dia yang terpaling kaya.

Kaya mana pun kita tak patut la kutuk kereta dan apa yang orang lain ada. Harta benda kita ada ni pun Allah bagi pinjam, sikit sangat dan anytime Allah boleh ambil.

Best caption fatin last sekali, lantakkan dia kena ingat hidup tak selamanya diatas bro. For sure dia nak tulis banyak tapi memikirkan suami sendiri tulis seadanya la kot

Kaknor tak rasa video ni marketing, sebab nampak fatin pun meluat dengan perbuatan bodoh suami dia tu. Katanya dia sendiri pun teruk kena hentam dengan nitizen disebabkan perbuatan suami dia.

Tular Kereta McLaren ?

Tular di media sosial mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang atau dikenali sebagai Opai pakai kenderaan ‘sportcar’ jenis McLaren tapi tidak menggunakan nombor pendaftaran sebenar. Opai tidak berdiam diri dan beri penjelasan bahawa nombor pendaftaran itu digunakan sempena perkahwinannya bersama Fatin Afeefa di Insta Story miliknya. Bukan tu jer, dia juga mengatakan yang kenderaan dengan nombor pendaftaran QPA1 juga tidak digunakan di atas jalan raya.

Perlekeh Kereta Biasa ?

Suami Fatin Afeefa iaitu Opai mengundang kontroversi lagi apabila bertindak memperlekeh kereta bukan jenis supercar ketika hadir ke acara pertunjukan kereta baru-baru ini. Dia yang melabel kereta biasa sebagai ‘najis’ telah mengguris hati ramai orang sehingga mendapat teguran daripada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman. Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang bagaimanapun tampil memohon maaf menjelaskan kenyataan itu sebenarnya gurauan ditujukan kepada rakan-rakannya yang dilarang masuk ke acara itu.

KITA SUDAH MENANG! DATA SCRUT ANALYTICA MEMANG TEPAT!

Walaupun hari ini hari Ahad, JPJ telah mengeluarkan kenyataan rasmi, kereta yang ditayang oleh Opai dan Fatin Afeefa SAH bukan nombor sebenar.

Ia satu kesalahan yang jelas. Padanlah Hafiz Wasa pun dah delete posting dia di wallnya. Terima kasih JPJ kerana sanggup bersama-sama SCRUT menjuarai isu rakyat bagi mengelakkan masyarakat terus ditipu dan dibodohkan.

So, Uncle nak ucapkan terima kasih kepada kalian semua kerana bersama-sama Uncle mengangkat kebenaran dan menghapuskan kezaliman. Masyarakat harus terus bangkit melawan projek pembodohan budak-budak porex. Apa nak sembang lagi? Nak Uncle ajar cara samak najis mughallazoh tak?

JPJ Bodoh ?

Bodoh lah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia kalau percaya kata Opai yang No Plate ni tak digunakan di jalan raya kan. Tapi takkan JPJ noob sangat. Mesti mereka tidak termakan dengan kata2 gebang si Opai fefefelai ..

kalau dalam masa terdekat tiada juga tindakan yang dikenakan terhadap suaminya Fatin Afeefa nih , Nampak sangatlah double standard dan juga ianya melibatkan “integrity issue” Mohon PDRM memantau juga akan kes memalsukan nombor pendaftaran ni . suami fatin afeefa berang.

Suami Fatin Afeefa masuk hospital, dipukul geng Honda?

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon jelita, Fatin Afeefa menuai perhatian ramai apabila berkongsi video memaparkan suaminya, Opai dimasukkan ke hospital.

Dalam video tersebut, Fatin secara ringkas menulis, suaminya Opai atau nama lengkapnya Aliff Awang dipukul oleh geng pemilik kereta berjenama Honda. “Kena pukul dengan geng Honda,” katanya dalam video tersebut.

Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut mengenai kejadian mahupun perkongsian video kecederaan dan salinan laporan polis yang dikongsikan kepada umum.

Dalam masa sama, Opai juga didakwa menggunakan nombor pendaftaran palsu untuk kenderaan mewah McLaren miliknya.

Sementara itu, Opai pula dalam video InstaStory menjelaskan nombor plat keretanya QPA1 tidak digunakan di atas jalan raya dan hanya sekadar ‘hiasan’ untuk kenderaan mewah miliknya. “Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak hubungi pun, tiada surat mahupun panggilan telefon. Biasalah orang baru kahwin, mahu pakai nombor yang menarik dan cantik, letak nama sendiri.

“Atas jalan raya saya tak pakai pun nombor plat tersebut,” jelasnya. Tambahnya, dia juga memohon orang ramai berhenti menggunakan namanya sebagai pelaris video dalam mana-mana kandungan media sosial. “Sudah-sudahlah menggunakan nama saya, bosanlah.

“Orang Malaysia pun sudah bosan dengar nama dan cerita saya. Mereka guna pun sebab mudah untuk viral, sebab apa? Sebab saya bagus,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa yang dikatakan merendah-rendahkan pemilik kenderaan bukan supercar dengan menggelarkan kereta tersebut sebagai najis.– KOSMO! ONLINE. suami fatin afeefa berang

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply