Sejauh Mana Keganjilan Vampire?*sebuah reviu Cirque Du Freak : Vampire Assistants


Beberapa hari yang lepas baru aku tahu movie ini adalah adaptasi dari trilogi novel bertajuk Darren Shan karya seorang penulis yang juga bernama Darren Shan. Cirque Du Freak merupakan novel pertama dalam saga Darren Shan ini. Patutlah endingnya pun tergantung.

Apa yang menariknya movie ini bukanlah pada penceritaan dan konflik yang sudah terlalu klise ditonjolkan dalam movie-movie hollywood sekarang iaitu isu vampire atau pontianak orang putih. Tetapi apa yang menariknya adalah watak-watak dalam movie ini iaitu orang-orang ganjil yang bekerja di sebuah pertunjukkan ganjil diberi nama Cirque du Freak.

Penggunaan Darren Shan sebagai akar umbi juga tidak berapa menarik perhatian aku kerana karakternya yang tidak begitu menyerlah. Mungkin kerana lakonan Chris Massoglia yang membawakan watak tersebut tidak begitu berkesan atau mungkin juga karakteristik watak Darren Shan itu sudah sedemikian rupa. Walaubagaimanapun, aku lebih menyukai watak yang dibawakan Josh Huctherson iaitu watak Steve. Bagi aku, sepatutnya watak Darren Shan diberi kepada Josh kerana mungkin beliau lebih berpengalaman dalam bidang lakonan, namun watak Seteve juga sesuai untuk Josh. Josh Hutcherson mungkin boleh menjadi hero movie hollywood pada masa akan datang dengan bakat yang diperolehinya.

Watak vampire Larten Crepsley yang dibawa John C. Reily juga menimbulkan kesan dan ini menyangkal tanggapan orang awam tentang Reily yang hanya boleh membawa watak komedi. Salma Hayek yang membawa watak Madame Truska iaitu perempuan yang boleh tumbuh janggut juga wajar dipuji walaupun muncul sekejap sahaja. Begitu juga watak-watak lain seperti Mr. Tiny(Michael Cerveris) dan Murlaugh (Ray Stevenson).

Plot dalam movie ini mungkin sedikit mengelirukan dan tujuan antagonis, Mr Tiny yang mengetuai Vampaneze, mereka yang memburu vampire, agak kurang jelas. Mungkin movie ini hanya sebagai perkenalan terhadap karakter utama, Darren Shan yang menjadi pembantu vampire dengan menjadi separuh manusia dan separuh vampire.

Apa yang menariknya movie ini adalah gaya penceritaannya yang disampaikan secara komedi hitam yang sedikit menimbulkan suasana lucu. Movie ini juga seolah menimbulkan suasana klasik dengan kemunculan satu pertunjukkan orang-orang ganjil yang dihuni oleh Mr Tall(Ken Watanabe), seorang lelaki yang berketinggian luar biasa, Alexander Ribs, manusia yang mempunyai perut yang kurus, Evra, budak lelaki ular sawa, Ramus Twobellies, lelaki yang mempunyai dua perut dan banyak lagi karakter-karakter pelik yang muncul. Mungkin ini boleh menghiburkan hati penonton tetapi hanya sementara.

Walaupun aku tidak berapa setuju dengan kehadiran Darren Shan sebagai watak utama, namun nilai-nilai dalam dirinya boleh menjadi pengajaran dan ini membuatkan movie ini sesuai ditonton kanak-kanak bagi memberi mereka moraliti dalam diri. Darren terlalu optimis hinggakan sanggup mempertaruhkan kehidupannya demi menyelamatkan kawan baiknya, Steve.

Movie ini sesuai ditonton sekiranya anda ingin melapangkan fikiran. Tetapi untuk mendapatkan kepuasan, movie ini bukannya satu pilihan. Mungkin endinnya sedikit mengecewakan. Aku berharap production mocie ini akan mengadakan sambungannya seperti novel.

p/s : dah takde cerita lain selain vampire ke???

2 Comments

  1. baru tengok kelmarin…..
    agak menarik tetapi mungkin disebabkan ini trilogi jadi tiada penerangan untuk watak mr tiny lagi.

    nice jobs…

Leave a Reply