Imaginur Realiti Dalam Bayangan

imaginur realiti dalam bayangan

Imaginur Realiti Dalam Bayangan ? PENGARAH: Nik Amir Mustapha. LAKON LAYAR: Nik Amir Mustapha, Redza Minhat. PELAKON: Beto Kusyairi, Diana Danielle, Dato’ Afdlin Shauki, Mior Hashim Manap, Nadiya Nisaa, Fatimah Abu Bakar, Anas Ridzuan. GENRE: Romantis, Fiksyen Sains, Drama. BAHASA: Bahasa Melayu (Malaysia).

Imaginur Realiti Dalam Bayangan

Nik Amir Mustapha kembali lagi dengan karya baharunya selepas menghasilkan KIL (2013), Terbaik Dari Langit (2014) dan Rise: Ini Kalilah (2018), dan air tangan baharunya ini juga hasil nukilan lakon layar bersama penulis dan pelakon hebat, Redza Minhat.

Sebuah filem romantik fiksyen sains yang berat dari sudut drama ini merupakan antara filem lokal terbaik untuk tahun ini walaupun tahun 2023 ini baru sahaja bermula.

Aku taknak terlalu ceritakan sangat sinopsis untuk filem ini kerana menontonnya dengan ‘zero knowledge’ akan menjadi lebih menarik lagi pengalaman penontonnnya nanti. Cuma cukup kalau aku beritahu ia memfokuskan pada watak Zuhal (Beto Kusyairi) yang cuba untuk melupakan trauma lamanya supaya dia boleh bergerak kehadapan dalam kehidupan dan memilih untuk menjalani perubatan hipnosis dari syarikat misteri bernama Hypnotica milik Dr. Ramli (Afdlin Shauki). Dari situ bermula pula satu kejadian misteri dan mengelirukan bilamana Zuhal kerap berjumpa dengan Nur (Diana Danielle) dan cuba merungkai misteri wanita itu.

Bila menonton filem ini dari lahiriahnya ia kelihatan seperti sebuah filem yang kompleks, namun selepas selesai menontonnya, filem ini agak linear dengan jalan cerita yang ringkas dan mudah difahami. Namun tak mustahil filem ini akan menimbulkan persoalan serta perbincangan tentang penterjemahannya dari individu yang berbeza, menjadikan filem ini sebuah filem yang universal untuk dihadami. Jalan cerita ini mengalir dengan diiringi watak utamanya iaitu Zuhal yang memenuhi skrin dari awal hingga ke akhir filem menjadikan dirinya sebagai tulang belakang yang membentuk filem ini menjadi lingkaran yang mempunyai titik awal dan titik akhir.

imaginur realiti dalam bayangan

Minimalis Sinematografi

Ia kemudiannya disaduri pula dengan syot-syot yang cantik dan minimalis menjadikan sinematografi dalam filem ini antara yang terindah pernah aku tonton di dalam sebuah filem lokal. Imaginur menyentuh juga beberapa isu tentang keredhaan seseorang terhadap sesuatu kejadian dan menjadi satu manifesto dalam menyampaikan kepada audiens berkenaan suatu halangan dalam kehidupan yang menyukarkan seseorang untuk bergerak ke hadapan. Ini sekaligus menjadikan kehidupan itu berulang-ulang sehingga seseorang itu terperangkap di dalam ketakutan dan traumanya tersendiri.

Ia juga menyentuh tentang penyakit Alzheimer yang dihidapi oleh ayah Zuhal lakonan Mior Hashim Manap dan perkara ini menjadi titik penting dalam kehidupan Zuhal untuk cerita ini. Perungkaian terhadap penyakit ini serta adunannya dengan keseluruhan cerita dan plot sangat cantik disampaikan.

Seperti dalam televisyen, siaran ulangan jika diulang-ulang tetap akan sama pengkahirannya itu. Namun berbeza pula dalam kehidupan, selalunya yang berulang itu akan mempunyai takdir yang berbeza. Walaupun kita baru sahaja masuk di bulan kedua untuk tahun 2023 ini, aku tak boleh nafikan Imaginur tergolong dalam filem terbaik tahun ini. Filem ini mula ditayangkan pada 23 Februari 2023.

Imaginur | 2023 | Prime – Spoiler alert chorrrr, admin dah tegur chorrrrrr.

Ini hanya lah pandangan dari seorang insan yang tak baca review filem ini dari sesiapa sebelum ni. Ni real punya pandangan lepas pertama kali tonton ye.

Ikut pandangan aku, di timeline sebenar alzheimer Zuhal yang dah tua jadi teruk lepas kehilangan Nur, lalu Isma guna kan kaedah hipnosis doktor Ramli untuk bantu sedarkan Zuhal? (Sebab ada scene Zuhal tua kat kubur lepas kebumikan Nur dan Zuhal panggil Isma ‘Nur’)

Segala scene Zuhal (Beto) dan Nur (Diana) hanya lah memori lama Zuhal yang cuba untuk dia cari titik kebahagiaan dia semasa diorang bersama dari awal. Dan Zuhal cuba perbaiki/buang segala kejadian negatif yang pernah berlaku antara mereka.

Berkaitan dalam hipnosis ada hipnosis tu pulak macam kes kau tidur pakai earphone dengar lagu la. Ada satu time lirik lagu dalam playlist kau ada sebut gajah, dalam separa sedar kau tidur tu kau mimpi gajah. Entah la nak. Langgan jela trial percuma seminggu kat Amazon Prime tu. 9/10.

Menonton Imaginur semalam

membuatkan aku membuat beberapa tohmahan kepada plot cerita yang sedang berlangsung.

1. Nur hanya wujud dalam mimpi Zuhal.

2. Mak cik jahat nak rampas Zuhal untuk tranferskan memori suami dia kepada Zuhal.

3. Zuhal tengah hidup dalam dunia mimpi yang tak berpenghujung.

Setelah nak dekat penghujung barulah aku sedar. “Ooo macam ni jalan ceritanya.” Sambil mengalir air mata dan memegang erat tangan Jai. Jai pula dah genggam penumbuk.

Terapi Imaginur

Kalau kau rasa sukar nak ungkapkan perasaan kau sewaktu berjalan di dalam kehidupan ini, aku ada satu terapi,

Tonton filem #Imaginur. Selepas itu kau akan rasa lepas selepas lepasnya dada kau yang kau rasa semua orang takkan faham hidup kau.

Dan waktu itulah kau akan belajar menghargai setiap moment yang kau lalu. Di sepanjang dalam hidup kau bersama orang-orang yang kau sayang.

Memori kita ni funky, tapi hanya RASA yang bisa menterjemahkan dan mendamaikan sebuah makna di dalam kehidupan masing-masing. Dapat?

Done Imaginur.

Nak tengok pukul 8 malam seat tinggal barisan depan akhirnya beli tiket 8:15 malam. Dah lama tak tengok filem cinta yang best selepas filem Cinta (Kabir Bhatia).

What I can say, Imaginur is the best work of Nik Amir. Ada Amerul Affendi sebagai pelakon extra di hospital yang melintas jauh di belakang berjalan masuk ke bilik doktor. Megat Sharizal? Siapa tu tak kenal.

IMAGINUR arahan Nik Amir Mustapha ialah sebuah filem yang bagus.

Very well written by Redza Minhat. Filem ini ada kelemahannya. Tapi itu kita cerita di lain hari. Ia sebuah teka-teki visual tentang cinta dan kehilangan. Aku jaga Arwah Atuk aku yang menghidap Alzheimer selama 8 tahun. Dia lupa hampir segala-galanya termasuk aku.

Tapi satu perkara yang dia tak pernah lupa ialah hakikat tentang kewujudan Arwah Nenek aku. Terima kasih untuk filem ini. Filem tempatan terbaik untuk 2023. Aku hampir pasti. imaginur realiti dalam bayangan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply