Barbarian Invasion / Belenggu (2022) – Filem Dalam Kehidupan

Barbarian Invasion / Belenggu (2022) – Filem Dalam Kehidupan
PENGARAH: Tan Chun Mui
LAKON LAYAR: Tan Chun Mui
PELAKON: Tan Chun Mui, Pete Teo, Bront Palarae, James Lee, Zhiny Ooi, Nik Hadiff Dani
GENRE: Drama, Aksi
BAHASA: Bahasa Malaysia, Cina, Inggeris (Malaysia)

Sinopsis:

Moon Lee, seorang pelakon terkenal yang memenangi anugerah, telah menjadi ibu sepenuh masa dan bercerai sejak bersara. Terdesak untuk mendapatkan semula rasa dirinya, dia mengambil peluang untuk bekerja dengan rakan lamanya, pengarah Roger Woo, sekali lagi. Hanya kali ini, dia berlakon sebagai peneraju dalam filem seni mempertahankan diri aksi dengan sendiri. Peranan itu memerlukan latihan yang meluas dan walaupun Moon pada mulanya tidak pasti, dia meninggalkan anak lelakinya yang masih kecil di bawah jagaan pembantu Roger dan komited dengan latihan yang sangat kasar. Sebaik sahaja dia mula mendapat sedikit keyakinan, Roger menyampaikan berita kepadanya: satu-satunya cara filem itu boleh bergerak ke hadapan ialah meletakkan bekas suaminya, Julliard, sebagai peneraju lelaki.

Filem ini merupakan karya dari pengarah Tan Chun Mui yang juga merupakan penulis dan pelakon utama untuk filem ini bagi watak Moon. Moon adalah seorang pelakon yang sering bekerja dengan Roger Woo, kini sudah mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya dengan Juilliard, juga seorang pelakon, tetapi mereka sudah bercerai.

Roger mengajak kembali Moon berlakon dalam filem aksinya ala Bourne Identity. Tapi Moon perlu menjalani latihan seni bela diri bersama Master Loh selama sebulan. Hampir separuh awal filem ini kita melihat bagaimana Moon berlatih dengan susah payah seni bela diri ini sampai bengkak-bengkak badan dan berdarah hidung.

Aku tertarik setiap kali dialog Moon dengan Roger berkenaan filem seolah-olah mereka sedang bercerita tentang kehidupan. Moon mula berkonflik bila produser filem memaksa Roger untuk membawa Juiliard sebagai hero bergandingan dengan Moon. Sudah tentu Moon tidak mahu bekerjasama dengan bekas suaminya itu lalu menolak dari berlakon filem Roger.

Selepas itu cerita mula berubah arah menjadi filem aksi yang penuh saspens dan mendebarkan membabitkan Moon dan anaknya. Kita selalu mendengar tentang kehidupan yang diselitkan di dalam filem, tapi untuk filem ini, ianya meletakkan sisi sinema tersebut dalam kehidupan Moon.

Sepanjang perjalanan Moon dalam filem ini penuh dengan perlambangan-perlambangan yang membuatkan penonton berfikir adakah ini realiti atau sekadar fiksi filem semata-mata Bagi aku pertengahan filem ini agak menarik sebab mengalihkan sedikit perhatian penonton terhadap kehidupan lalu Moon dan ingin melihat Moon yang baharu yang sudah pandai beraksi.

Kemunculan watak Adnan lakonan Bront Palarae juga sedikit sebanyak memberikan bibit-bibit keseronokkan dan persoalan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan keliru sebenarnya filem ini tentang apa.

Well, filem ini tentang Moon, seorang pelakon, seorang ibu dan seorang wanita yang cuba membuktikan kehidupannya bukanlah sebuah filem. Filem Barbarian Invasion ini boleh ditonton di panggung wayang terpilih seluruh Malaysia.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply